[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

2 suspek tikam kontraktor direman seminggu

Bernama 11/12/2021 | 09:23 MYT
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa ditikam di hadapan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Pandamaran, Klang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata permohonan reman hingga 17 Dis terhadap kedua-dua suspek berusia 33 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Klang pagi ini.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Tak sempat tunai solat Jumaat, warga emas maut ditikam
Semalam, media melaporkan polis menahan dua lelaki dalam tempoh kurang empat jam kerana disyaki membunuh seorang kontraktor di Kampung Idaman, Klang dekat sini.
Cha berkata kedua-dua suspek ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, seorang lelaki berusia 69 tahun ditikam di hadapan rumahnya ketika hendak menunaikan solat Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
#Solat Jumaat #warga emas ditikam #Klang #reman suspek