SHAH ALAM: Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan 'fun fair' di Eco Grandeur, Puncak Alam, di sini, malam ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ramli Kasa berkata pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan telefon mengenai insiden tersebut kira-kira jam 8.50 malam.
"Ketiga-tiga mereka terjatuh dari permainan 'Sotong Ride' ketika sedang bergerak. Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen.
Terdahulu, beberapa video dan gambar mengenai kejadian itu tular di laman sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 12 2022
Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan 'fun fair' di Eco Grandeur, Puncak Alam, malam ini. - Foto Sinar Harian/media sosial
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Turkiye sertai Afrika Selatan tuduh Israel di ICJ
Turkiye akan menyerahkan pengisytiharan campur tangan rasmi kepada ICJ dengan objektif membantu mempercepatkan tindakan ke atas Israel.
Asmaa berjalan kaki berjam lamanya demi roti
Situasi di Gaza jauh berbeza dengan tempat-tempat lain. Bangunan musnah, ditambah ketiadaan sumber asas - tempat tinggal, bekalan air serta makanan...pastinya terlintas di fikiran bagaimana kehidupan seharian mereka di saat nyawa sentiasa menjadi ancaman. Menyelami kehidupan masyarakat Palestin di Gaza, ada yang terpaksa berjalan berjam-jam lamanya ke satu tempat untuk mendapatkan alas perut buat keluarga.
'Puluhan ribu gugur terkena mesin perang Zionis'
Masa yang sepatutnya diguna untuk meraikan sambutan Hari Pekerja Sedunia diganti dengan himpunan untuk menunjukkan tanda bersolidariti dengan rakyat Palestin. Itu yang berlaku di Tunisia yang mana ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Tunis sebagai tanda sokongan terhadap penduduk Gaza dengan memanggil himpunan sebagai 'May Day'.
Lebuh raya runtuh, 24 maut
Menurut CCTV, pihak berkuasa China menghantar kira-kira 500 anggota penyelamat ke lokasi insiden.
TPM yakin produktiviti akan meningkat seiring kenaikan gaji
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin produktiviti dan prestasi penjawat awam akan dilipatgandakan seiring dengan keputusan Kerajaan menaikkan gaji kumpulan itu melebihi 13% bermula 1 Disember ini.
Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah di India
Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi Rabu dengan ibu bapa bergegas membawa pulang anak-anak mereka.
Anak muda bangkit gesa pemimpin buat pendirian tetap
Anak muda mula menunjukkan semangat kebangkitan tatkala dunia masih celaru untuk menghentikan kehilangan nyawa berterusan rakyat Palestin di Gaza. Suara yang diketepi diakhiri dengan protes besar-besar yang menjadi polemik dalam kalangan mahasiswa di Amerika Syarikat ketika ini.
Migran banjiri 'Mount Street' dipindah ke penempatan baharu
200 buah khemah yang digunakan imigran di bandar Dublin dirampas dan dibersihkan dari pemandangan ibu negara Ireland pada pagi Rabu. Imigran yang berlindung di situ kemudian ditempatkan di pusat yang telah disediakan.
Insiden Sotong Ride: Tapak 'fun fair' pernah disita, operator degil teruskan operasi - MPKS
Tapak 'fun fair' di Eco Grandeur pernah disita MPKS kerana tidak mendapat lesen operasi daripada pihak tersebut namun operator tempat permainan tersebut tetap meneruskan operasi.
2 wanita dan seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan 'Sotong Ride'
Dua wanita dan seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan 'fun fair' di Eco Grandeur, Puncak Alam, malam ini.