PUTRAJAYA:Hampir 3,500 pegawai imigresen menjalani ujian saringan COVID-19 sehingga 25 Nov lepas, dengan 3,000 daripadanya telah dikuarantin dan 20 orang lagi dirawat kerana didapati positif wabak itu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata sebagai sebahagian daripada pasukan barisan hadapan, petugas Jabatan Imigresen (JIM) berhadapan risiko terdedah kepada virus itu kerana berada paling hampir dengan warga asing dan pendatang tanpa izin yang belum dipastikan tahap kesihatan mereka.
Namun, katanya JIM tetap komited melaksanakan dasar kemasukan warga asing yang diputuskan kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), menyaksikan sebanyak 1,332 kes positif import sehingga 30 Nov lepas.
"Bukan sahaja sebagai benteng pertama pintu masuk negara menghadapi pelawat asing yang berisiko membawa virus COVID-19 tetapi turut terlibat secara langsung dalam tugasan-tugasan berkaitan kawalan dan pencegahan pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan bersempena sambutan Hari Imigresen 2020, hari ini.
Beliau berkata penglibatan JIM dapat dilihat di kawasan tumpuan warga asing, pusat rawatan dan kuarantin warga asing seperti di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang dan operasi penguatkuasaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Khairul Dzaimee berkata sejak Januari hingga 30 Nov lepas, JIM telah melaksanakan sebanyak 6,379 operasi penguatkuasaan di seluruh negara, melibatkan pemeriksaan 93,475 individu serta penahanan 34,920 pendatang tanpa izin dan 376 majikan.
Bersempena sambutan Hari Imigresen itu, beliau turut melancarkan Pelan Anti-Rasuah JIM 2020-2024 yang memberi fokus kepada tadbir urus lebih jelas serta pembudayaan integriti tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa undang-undang.
"Pelan ini digubal untuk memberikan fokus kepada dasar integriti dan tadbir urus yang lebih jelas serta pembudayaan integriti tinggi dalam melaksanakan tugas sebagai penguat kuasa undang-undang," katanya.
Bagi mendukung inisiatif pendigitalan perkhidmatan kerajaan dan penerapan norma baharu, Khairul Dzaimee berkata JIM membangunkan Sistem Temujanji Online (STO), Sistem MYEntry, Sistem Pertanyaan Online (SPO) dan Sistem MyTravelPass (MTP).
"Jabatan Imigresen sentiasa mengikut arus perkembangan teknologi supaya kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dapat ditingkatkan dan kos operasi dikurangkan. Urusan-urusan yang dijalankan selama ini di kaunter dikurangkan secara berperingkat dan dijalankan secara dalam talian dan digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 01 2020

Kata Khairul Dzaimee, JIM tetap komited melaksanakan dasar kemasukan warga asing yang diputuskan kerajaan melalui MKN. - BERNAMA
![AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak! AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/8859972951611660639255/1887273_27524278431611660895585_640x360.jpg)
AWANI Sarawak [26/01/2021] - 205 positif, tiga kematian | Balai Polis Sentral Sibu sesak!
Laporan berita padat dan ringkas dari Bumi Kenyalang bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut: Fokus #AWANISarawak malam ini: - Tiga kematian, 205 kes positif di Sarawak. - Penduduk Sibu saran pertimbang permohonan permit polis atas talian. #HapusCOVID19 #NormaBaharu

5 perkara penting dalam kenyataan media KKM - 26 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

COVID-19: KKM kenal pasti tujuh lagi kluster baharu
Kesemua kluster terdiri daripada tiga kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, satu kluster keagamaan dan satu kluster pusat tahanan.

Benarkan kedai gunting rambut dibuka? Ini tumpuan sidang media Ismail Sabri
Kerajaaan pertimbang untuk membenarkan operasi kedai gunting rambut, aktiviti pasar malam, kedai cuci kenderaan dan beberapa sektor lain.

Amaran penggodam | Apa mesej yang cuba disampaikan?
Anonymous Malaysia (Anonymous) memberi amaran kepada kerajaan Malaysia yang didakwa gagal meningkatkan tahap keselamatan siber negara.

KL Summit 2021 | Sistem kerajan akan rosak jika ada di tangan pemimpin yang salah
Sistem pemerintahan sama ada monarki mahupun demokrasi tetap akan gagal sekiranya pemimpin yang dipilih tidak mengamalkan nilai yang bagus untuk rakyat dan negara. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir memberi contoh sistem demokrasi di Amerika Syarikat yang gagal apabila diketuai pemimpin yang salah. Ia merupakan antara perkara yang beliau sentuh sewaktu menyampaikan ucaptama bertajuk "A Vision on System of Government" sempena KL Summit 2021 hari ini.

COVID-19 | PKPB mungkin dilaksanakan semula untuk ganti PKP
Kerajaan belum mempunyai cadangan untuk melakukan total lockdown seperti yang tersebar sebelum ini. Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih lagi meneliti perkara itu serta mengambil kira pelbagi faktor dengan cuba untuk menyeimbangkan antara keperluan menjaga ekonomi negara dan rakyat serta mengekang penularan COVID-19. Ia jelasnya, termasuk mengkaji kemungkinan melaksanakan semula PKPB untuk ganti PKP.

KL Summit 2021 | Pemimpin negara Islam perlu kembali kepada ajaran Al-Quran
Tun Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi KL Summit, turut menyentuh mengenai keperluan pemimpin berpegang kepada ajaran Islam, mengikut pandual Al-Quran.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.

Selangor tawar 10,000 peluang pekerjaan menerusi Inisiatif Selangor Kerjaya
Inisiatif kerajaan Selangor ini dicetuskan bagi menangani isu penawaran pekerjaan pasca pandemik COVID-19.

PKP: 482 ditahan ingkar SOP - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, daripada jumlah itu, seramai 444 individu dikompaun manakala 38 lagi direman.

Demokrasi atau monarki, tetap akan gagal jika pemimpinnya korup - Tun M
"Bukan sistem (kerajaan) itu yang menjadi masalah, sebaliknya mereka yang mengendalikan sistem itu," kata Tun Dr Mahathir.

Pelajar OKU tersisih dalam PdPR, IKRAM mohon pengecualian
Golongan itu yang antaranya mengalami kecacatan pendengaran dan penglihatan, berdepan kesukaran untuk mengikuti kaedah PdP di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Saima Mohsin wanita Muslim pertama jadi Peguam Negara AS
Peguam Negara AS juga merupakan ketua penguatkuasaan undang-undang Federal di kawasan mereka

Perdana Menteri Itali letak jawatan susulan pergolakan politik
Pentadbiran Conte mula goyah selepas bekas Perdana Menteri Matteo Renzi menarik sokongan terhadap partinya, Italia Viva pada 14 Januari lalu.

Proklamasi darurat: Beri rakyat kefahaman jelas - Syed Ali
Kerajaan disaran memberi penjelasan berhubung maksud dan kepentingan proklamasi darurat kepada rakyat secara berterusan bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah tanggapan.

Polisi awam berkaitan dana politik perlu demi integriti - Akhbar Satar
Satu polisi awam yang khusus berkaitan dana pembiayaan politik diperlukan untuk mengelakkan kebergantungan kepada dana asing.

Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.