SPRM gagalkan usaha larikan wang tunai RM2.4 juta berkaitan siasatan perolehan Tentera Darat

Azam berkata, wang tunai berkenaan dikesan hasil maklumat risikan terbaharu yang diterima SPRM. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menggagalkan cubaan melarikan wang tunai berjumlah RM2.4 juta dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah membabitkan perolehan projek Tentera Darat Malaysia (TDM).
Ringkasan AI
- SPRM menghalang cubaan melarikan RM2.4 juta wang tunai yang berkaitan dengan kes rasuah projek Tentera Darat Malaysia.
- Bekas pegawai TDM dan isteri memberi kerjasama dalam siasatan, manakala 17 pengarah syarikat ditahan berkaitan dengan kartel tender perolehan TDM.
- SPRM juga menyita akaun bank pegawai tertentu dan keluarganya serta menyiasat kes rasuah projek TDM di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Beliau turut memaklumkan bahawa seorang bekas pegawai kanan tertinggi Tentera Darat dan isterinya hadir bagi membantu siasatan tentang perolehan TDM petang ini di Putrajaya.
"Keterangan pegawai kanan berkenaan diambil petang ini di Putrajaya selepas beliau dibenarkan keluar dari hospital semalam setelah menerima rawatan akibat tekanan darah tinggi," katanya.
Semalam, SPRM menahan reman 17 pengarah syarikat disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan TDM.
Kenyataan SPRM di media sosial TikTok memaklumkan perintah reman selama lima hari hingga 10 Jan ini dikeluarkan semalam oleh Majistret Ezrene Zakariah yang membenarkan permohonan agensi antirasuah berkenaan.
Kesemua suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an telah ditahan ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada Isnin.
Pada 29 Dis lepas, SPRM menyita enam akaun bank dipercayai milik seorang pegawai kanan berkenaan dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan perolehan projek TDM.
Sebelum itu, pegawai SPRM hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Dis dan tumpuan terarah kepada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


