Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis (CP) Datuk Asri Yusoff dan Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman, CP Datuk Zamri Yahya adalah antara 20 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad, dalam satu kenyataan malam tadi, berkata semua pertukaran itu berkuat kuasa 6 Ogos ini.
Mendahului senarai adalah Asri yang bertukar jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman manakala Zamri mengisi kekosongan jawatan Asri sebelumnya.
Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Datuk Mohd Roze Shaari akan bertukar jawatan ke Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan tempatnya akan diisi Ketua Polis Melaka DCP Datuk Jalil Hassan.
Turut bertukar, Timbalan Pengarah Forensik/Databank DNA/Perancangan Strategik, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah yang akan menjawat jawatan Ketua Polis Melaka yang baharu.
Sementara itu, Setiausaha Polis Malaysia, Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman, DCP Datuk Ramli Mohamed Yoosuf akan bertukar sebagai Ketua Urusetia KPN, Urusetia Pejabat KPN, Bukit Aman.
Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Muhammed Hasbullah Ali akan bertukar jawatan dengan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Sarawak, SAC Shafie Ismail.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ,ACP Mohd Zani Che Din saling bertukar jawatan dengan Penolong Unit Rondaan Bermotosikal/e-Sektor, Bahagian Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, ACP Mohd Soaihami Rahim.
Turut terlibat dalam pertukaran ialah Penolong Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Kesejahteraan/Organisasi) Bukit Aman, ACP Habibi Majinji yang akan bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah, menggantikan ACP M. Chandrasehkaran yang akan menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Sabah.
Turut bertukar ialah Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Supt Noor Azmi Yusoff sebagai Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 06 2018
Mendahului senarai adalah Asri yang bertukar jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman. - Foto fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu ‘keras’, ini jawab Shuhaily…
GISB: Tun Mahathir kata polis terlalu keras, ini jawab Shuhaily
Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.
Isu sijil halal: Teresa Kok selesai beri keterangan di Bukit Aman
Teresa tinggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas keterangannya direkodkan lebih sejam 30 minit.
Isu sijil halal: Teresa Kok tiba di Bukit Aman untuk beri keterangan
Teresa ditemani peguam Syahredzan Johan tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.