KLUANG: Kira-kira 200,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan kos rendah di Selangor bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) dalam masa terdekat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata inisiatif itu dilaksana susulan jangkitan COVID-19 di negeri itu merekodkan jumlah kes yang tinggi dan belum ada tanda menunjukkan penurunan.
"Kita sudah mengenal pasti senarai (penduduk PPR dan perumahan kos rendah) di Selangor. Kita lihat penduduk (yang layak divaksin) dalam anggaran 200,000. Kita sasar kawasan yang berisiko tinggi.
"Kita dah ada senarai, cuma tunggu pemberian vaksin... dari segi logistik semua sudah siap sedia," katanya kepada pemberita selepas melawat program MOVAK di Dataran Tasik Kluang hari ini.
Turut hadir Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Zuraida juga berkata kementerian itu bersama dengan Kementerian Perpaduan Negara telah mengenal pasti beberapa kawasan berisiko banjir dalam memastikan pemberian vaksin menerusi MOVAK di kawasan terlibat tidak terjejas.
"Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) bersama dengan pegawai daerah, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, juga sedang melakukan perkara sama," katanya.
BACA: COVID-19: Kes di Selangor meningkat susulan aktiviti pengesanan dan saringan aktif
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 25 bas yang diubah suai mengikut spesifikasi yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dilancarkan hari ini dan akan digunakan sebagai unit pusat pemberian vaksin bergerak MOVAK di seluruh semenanjung Malaysia.
Program MOVAK merupakan inisiatif bersama Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membantu proses pemberian vaksin kepada rakyat terutama masyarakat luar bandar sekali gus meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 10 2021
Datuk Zuraida Kamaruddin (depan) bersama Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique (belakang) melambai mesra ketika menghadiri majlis pelancaran program MOVAK di Dataran Tasik Kluang Johor, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Penduduk PPR resah jika tempoh PKP dilanjut
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sejak 18 Mac lalu nyata memberi tekanan buat penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, di Lembah Pantai, di sini.