awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 sekolah berasrama di bawah KPM akan dilengkapi CCTV

Bernama
Bernama
04/09/2025
06:55 MYT
200 sekolah berasrama di bawah KPM akan dilengkapi CCTV
Mohd Azam (foto) berkata langkah itu bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar di sekolah khususnya di asrama. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Sebanyak 200 sekolah berasrama di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara akan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) dalam masa terdekat dengan peruntukan RM3 juta.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 200 sekolah berasrama KPM akan dilengkapi CCTV dengan peruntukan RM3 juta bagi tingkat keselamatan pelajar.
  • Pemasangan dibuat berperingkat mengikut keperluan dan jumlah pelajar, dengan lokasi dipilih berdasarkan nasihat pakar untuk jaga privasi.
  • KPM turut rancang tambah warden asrama dalam kalangan guru untuk seimbangkan tugas pendidikan dan penjagaan pelajar.

Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad berkata langkah itu bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar di sekolah khususnya di asrama.
"Pemasangan CCTV akan dibuat secara berperingkat berdasarkan keperluan serta faktor jumlah pelajar di sesebuah sekolah.
"Asrama yang besar dan mempunyai pelajar yang ramai akan menjadi kriteria untuk didahulukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali Ke-63 di sini hari ini.
Mohd Azam berkata pihak pengurusan akan mendapatkan nasihat pakar bagi lokasi pemasangan CCTV di kawasan asrama.
"Kita tidak boleh pasang sewenang-wenang seperti di tandas dan sebagainya. Kita tidak mahu privasi mereka terganggu. Kita ada akta-akta perlu dipatuhi, sebab itu perlu berhati-hati dalam perkara ini," katanya.
Mohd Azam berkata selain pemasangan CCTV, pihaknya juga dalam perancangan menambah warden asrama hasil cadangan daripada Majlis Pengetua yang akan dibawa ke peringkat kementerian.
"Demi keselamatan pelajar, kerajaan dan KPM akan berusaha sebaik mungkin. Setakat ini, tiada perancangan mengambil pesara tentera atau polis (sebagai warden), tetapi kita melihat asrama di sekolah adalah institusi pendidikan, jadi warden dalam kalangan guru amat penting.
"Apabila warden dalam kalangan guru, mereka boleh merancang aktiviti pendidikan untuk pelajar. Ada juga cadangan guru warden ini mengajar empat hingga lima waktu dalam seminggu dan selebihnya menjaga pelajar di asrama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CCTV
#sekolah berasrama KPM
#keselamatan pelajar
#Mohd Azam Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan