awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,000 ekor babi berhampiran ladang dijangkiti Demam Babi Afrika 'hilang'

Bernama
Bernama
24/04/2022
12:07 MYT
2,000 ekor babi berhampiran ladang dijangkiti Demam Babi Afrika 'hilang'
Kesemua babi dipercayai dibawa keluar oleh pemilik ladang ke lokasi tidak diketahui. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kira-kira 2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa berkaitan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Bakri Sawir berkata kesemua babi itu yang ditempatkan berhampiran dengan ladang yang dikesan dijangkiti penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dibawa keluar oleh pemilik ladang ke lokasi tidak diketahui.
"Pada 13 April lepas, sebanyak 273 ekor babi yang dijangkiti wabak ASF telah dilupuskan dan beberapa hari kemudian, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) yang membuat pemeriksaan di 19 ladang itu mendapati 2,000 ekor babi di situ sudah tiada.
"Bagaimanapun kita tidak mempunyai sebarang bukti sama ada kesemua haiwan itu telah dilupuskan. Siasatan masih dijalankan dan tindakan undang-undang akan diambil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Bakri berkata JPVNS turut melaksanakan pemantauan di laluan utama yang menempatkan 19 ladang haram terbabit.
Beliau juga meminta orang awam melaporkan kepada JPVNS dan pihak berkuasa di negeri ini jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menjual babi di bawah harga pasaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Babi
#ASF
#Demam Babi Afrika
#Port Dickson
#Kampung Baru Tanah Merah
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan