ROM: Bacaan suhu untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini direkodkan sebagai tahun paling panas dan kering dalam sejarah Itali, menurut data dikeluarkan Institut Sains dan Perubahan Iklim Majlis Penyelidikan Kebangsaan (ISAC- CNR) pada Jumaat.
Suhu pada Januari hingga Julai adalah sekitar 0.98 darjah Celsius melebihi purata untuk tempoh sejak 1800, lapor Agensi Berita Itali (ANSA).
Sementara itu, suhu pada Julai telah melebihi purata 2.26 darjah Celsius.
"Jika 2022 berakhir sekarang, ia akan menjadi tahun paling panas pernah direkodkan.
"Julai 2022 mencatatkan suhu kedua tertinggi sejak bacaan mula direkodkan, kedua tertinggi selepas 2003, seperti yang berlaku pada Mei dan Jun," kata pegawai ISAC-CNR Michele Brunetti kepada ANSA.
Tahun paling panas di Itali ialah 2018, apabila suhu mencecah 1.58 darjah Celsius melebihi purata.
Itali kini berdepan musim kemarau terburuk dalam beberapa dekad dan mengalami siri gelombang haba yang panjang.
Para saintis mendakwa kemarau dan gelombang haba menjadi lebih kerap kerana perubahan iklim yang disebabkan aktiviti manusia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 05 2022

Itali kini berdepan musim kemarau terburuk dalam beberapa dekad dan mengalami siri gelombang haba yang panjang. - Unsplash

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Bot Karam | Pencarian dua lagi mangsa bot karam diperluas
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali melaporkan, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu terus dipertingkatkan dengan skala yang lebih besar.

RUU Antigangguan Seksual lindungi wanita dan juga lelaki - Zurainah
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, RUU AGS bukan sahaja untuk melindungi wanita sahaja tetapi juga lelaki selain menjelaskan wanita mahu layanan saksama dalam isu berkenaan.

Malaysia-Jepun | PM gesa teroka kerjasama bidang baharu ESG
Kerajaan menggesa agar bidang-bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai oleh Malaysia dan Jepun melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang krisis bencana, masyarakat menua, ekonomi digital, sains, teknologi dan inovasi serta pertumbuhan hijau.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Legenda pecut Asia Tenggara Lydia de Vega meninggal dunia
Jaguh pecut Filipina itu, yang lebih dikenali sebagai Diay, menghembuskan nafas terakhir pada Rabu pada usia 57 tahun.

Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.

Pelakon suara watak Pingu, Carlo Bonomi, meninggal dunia
Bonomi merupakan pelakon suara watak Pingu antara tahun 1990 dan 2000.

2022 tahun paling kering, panas dalam sejarah Itali
Itali kini berdepan musim kemarau terburuk dalam beberapa dekad dan mengalami siri gelombang haba yang panjang.

Lebih 400 kes cacar monyet dilaporkan di Itali
Itali telah mencatatkan 407 kes cacar monyet setakat ini.

Amaran bahaya gelombang haba di Itali
Suhu yang tinggi akibat cuaca kemarau di Itali telah memberi kesan buruk terhadap industri pertanian negara.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Status calon EU untuk Ukraine satu langkah bersejarah - PM Itali
Mario Draghi berkata langkah itu juga penting untuk seluruh Eropah dan Ukraine.

Itali siap siaga hadapi ancaman serangan siber Killnet
Itali mengambil langkah berjaga-jaga selepas kumpulan penggodam pro-Rusia 'Killnet' yang mendakwa ia akan melancarkan serangan siber pada Isnin.

MotoGP: Bagnaia anggap juarai GP Itali seperti mimpi jadi kenyataan
Pelumba berusia 25 tahun dari Turin itu menaiki ke tempat keempat dalam kedudukan pelumba MotoGP.