Isu pemalsuan dokumen pemain warisan: FIFA akan siasat Noor Azman

Pada Oktober lepas, Noor Azman (gambar) digantung tugas serta-merta susulan siasatan oleh FIFA berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya. - Gambar fail/Sinar Harian
PETALING JAYA: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) akan memanggil Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan negara.
Ringkasan AI
- FIFA akan memanggil Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, berhubung isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan negara.
- Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, menyatakan siasatan bertujuan mengetahui peranan Noor Azman dan pembabitannya dalam isu tersebut.
- Noor Azman juga akan menghadapi Jawatankuasa Disiplin FAM untuk menentukan nasibnya sebelum Exco membuat keputusan terakhir.
"FIFA lebih hendak mengetahui proses dan tanggungjawab Noor Azman dengan lebih mendalam," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Exco di Wisma FAM, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata Noor Azman juga akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin (EB) FAM bagi menentukan nasibnya kelak.
Beliau berkata keputusan EB itu kemudian akan dirujuk kepada Exco bagi menentukan status Noor Azman.
"Ia bergantung kepada sejauh mana kesalahan yang dilakukannya itu. Kalau kesalahan setakat itu, ada hukumannya dan kalau kesalahan itu tinggi, ada hukumannya tetapi pada akhirnya, Exco yang akan buat keputusan", katanya.
Pada Oktober lepas, Noor Azman digantung tugas serta-merta susulan siasatan oleh FIFA berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


