awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,165 premis diperiksa, hanya dua kes tipu dicatatkan - KPDNKK Sarawak

Bernama
Bernama
17/02/2018
21:13 MYT
2,165 premis diperiksa, hanya dua kes tipu dicatatkan - KPDNKK Sarawak
Bagi kedua-dua kes itu, pihaknya membuat rampasan barang bernilai RM218 dan mengutip kompaun berjumlah RM200. - Gambar fail
Sub Unit Kawalan Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sarawak melakukan pemeriksaan ke atas 2,165 premis perniagaan di seluruh negeri Sarawak sempena Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) Tahun Baharu Cina dengan dua kes direkodkan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Negeri Sarawak Abdul Hafidz A. Rahim berkata kedua-dua kes berkenaan dicatatkan di Miri dan tindakan diambil mengikut Perintah 2(1) Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Barangan Harga Terkawal) 2018.
Katanya, bagi kedua-dua kes itu, pihaknya membuat rampasan barang bernilai RM218 dan mengutip kompaun berjumlah RM200.
Ditanya mengenai bilangan kes yang menurun berdasarkan bilangan premis yang diperiksa, Abdul Hafidz menjelaskan bahawa peniaga kini sudah sedar perlunya mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Selain itu, pemeriksaan yang kerap dilakukan juga turut berkesan dalam memastikan para peniaga mematuhi peraturan sepanjang masa," tambahnya.
Beliau berkata pemeriksaan sempena Tahun Baharu Cina akan diteruskan sehingga 21 Feb ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#KPDNKK
#Kuching
#pencatutan
#Sarawak
#skim kawalan harga
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan