awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

217 individu gagal patuh penjarakan fizikal antara 577 ditahan polis - Ismail Sabri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/11/2020
09:03 MYT
217 individu gagal patuh penjarakan fizikal antara 577 ditahan polis - Ismail Sabri
Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan pematuhan turut membuat pemantauan di 3,426 pasar raya di seluruh negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Seramai 217 individu yang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal adalah antara 577 orang yang ditahan polis atas pelbagai kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), pada Jumaat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada 577 individu yang ditahan, 55 individu direman sementara yang lain dikenakan kompaun.
Selain gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, turut ditahan kata Ismail Sabri adalah 116 pengunjung kelab hiburan, tidak memakai pelitup muka (113 orang), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (71 orang), rentas negeri atau daerah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (53 orang) dan lain-lain kesalahan (sembilan orang).
"Juga dipantau, sebanyak 941 terminal pengangkutan darat, 231 terminal pengangkutan air serta 83 terminal pengangkutan udara," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Ismail Sabri menambah, 2,737 pasukan pematuhan melibatkan 13,387 anggota telah membuat pemantauan di 3,426 pasar raya, restoran (4,949), penjaja (1,866), kilang (1,336), bank (3,435) dan 552 pejabat kerajaan.
"Semalam, penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 637 pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan termasuk peruncit (467), pemborong (139) dan pengilang (31).
"Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperolehi," katanya.
Selain itu katanya, pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 444 pemeriksaan khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP dan mendapati kesemua premis telah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
#penjaran fizikal
#ingkar PKPP
#PKPB
#ismail sabri yaakob
#SOP
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan