awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

219,639 pelajar memulakan sesi persekolahan di Kuala Lumpur

Fahmi Izuddin
Fahmi Izuddin
20/03/2023
02:43 MYT
219,639 pelajar memulakan sesi persekolahan di Kuala Lumpur
Pelbagai aktiviti minggu pertama telah dirangka oleh Jabatan Pendidikan dan pihak Sekolah untuk memastikan hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat diperkasakan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejumlah 219,639 pelajar memulakan persekolahan sesi 2023/2024 di 292 sekolah kebangsaan dan menengah di Kuala Lumpur.
Jumlah itu termasuk pendaftaran baharu berjumlah 20,585 pelajar tahun satu dan 19,257 pelajar tingkatan satu.
Kuala Lumpur turut merekodkah 16,586 guru dan kakitangan sekolah yang memulakan khidmat pada hari pertama persekolahan.
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Norhayati Ab Wahab berkata, fokus minggu pertama persekolahan kali ini adalah menjalankan kaedah didik hibur dan aktiviti suai kenal di antara pelajar, guru-guru dan ibu bapa.
"Minggu ini kita laksanakan aktiviti keceriaan, perpaduan yang berunsurkan pembelajaran, motivasi dan sebagainya,
"Kami juga menyambut baik sebarang aktiviti yang ingin dianjurkan oleh sekolah yang berasaskan motivasi, kita juga boleh adakan aktiviti suai kenal dengan ibu bapa,
"Kita juga ingin beri fokus kepada murid tahun satu, kita ingin mengajar mereka cara menguruskan diri, dan belajar menjadi mandiri di sekolah," kata Norhayati.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan perhimpunan mingguan pertama Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Tasik, di sini, hari ini.
Selain itu, pelbagai aktiviti minggu pertama telah dirangka oleh Jabatan Pendidikan dan pihak SK Desa Tasik untuk memastikan hubungan yang erat antara pihak sekolah dan ibu bapa dapat diperkasakan.
Antara aktiviti terlibat termasuk pertandingan mewarna, simulasi buli, aktiviti senamrobik dan seni mempertahankan diri.
Semua sekolah yang tergolong dalam kumpulan B memulakan sesi persekolahan 2023/2024 pada hari ini.
Ia melibatkan negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
Topic Berkaitan
#hari pertama sekolah
#SK Desa Tasik
#tahun satu
#Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan