KUALA LUMPUR: Seramai 22,000 pesara kerajaan telah menjadi mangsa scammer setakat ini, melibatkan kerugian sebanyak RM850 juta, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Justeru, beliau berkata, kerajaan amat berharap agar Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) meneruskan program khas untuk memberi dan meningkatkan kesedaran golongan pesara bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa pihak yang mengambil kesempatan itu.
"Kerjasama daripada pelbagai pihak juga amat penting untuk menghasilkan penyelesaian yang mampan dan inklusif dalam menangani isu penipuan ini," katanya.
Ahmad berkata demikian ketika berucap pada majlis pemeteraian pembaharuan memorandum persefahaman dan pengenalan sistem integrasi antara Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA), KWAP dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di sini, pada Selasa.
Mengenai integrasi sistem JPA, KWAP dan LPPSA, Ahmad berkata, pesara tidak perlu bersusah hati memikirkan urusan pembayaran pembiayaan perumahan mereka menerusi potongan pencen kerana segala data yang diperlukan oleh LPPSA telah tersedia dikemas kini dalam sistem tersebut.
Ahmad juga mengingatkan pesara supaya mengetahui komitmen kewangan yang bakal mereka hadapi setelah berpencen bagi merancang kewangan sebaiknya.
Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Mohd Farid Nawawi pula berkata, integrasi itu merupakan sebuah rangkaian proses baharu bagi menghubungkan sistem persaraan JPA, KWAP dan LPPSA.
"Proses integrasi ini dilakukan untuk menyelaraskan data agar setiap pusat agensi memiliki data persaraan yang sama. Selain itu, integrasi juga adalah bertujuan untuk meningkatkan ketepatan data dan meminimakan kesalahan," katanya.
Tambahnya kerjasama itu juga membantu usaha pihak kerajaan dalam memberi kemudahan kepada penjawat awam selain meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengalaman cemerlang kepada pesara kerajaan. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Ahmad Maslan berharap KWAP meneruskan program khas untuk memberi dan meningkatkan kesedaran golongan pesara bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa pihak yang mengambil kesempatan itu. - Gambar hiasan/Pixabay.com
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Perlis beri Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA - KPPA
Wan Ahmad Dahlan berkata jumlah itu sangat kecil kerana ia hanya melibatkan 1,400 penjawat awam yang tidak memilih SSPA.
Banjir: Lebih 1,000 sukarelawan digerakkan ke tiga negeri - KSN
Lebih 1,000 sukarelawan terdiri penjawat dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam digerakkan ke tiga negeri bagi membantu penduduk terjejas banjir.
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Penjawat awam perlu beri perkhidmatan terbaik tanpa mengira status - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu berkenaan dalam masyarakat.
Banjir 2024: PM zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam bantu mangsa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan tersebut tidak pernah mengeluh letih atau penat walaupun membanting tulang siang dan malam untuk membantu mereka yang terjejas.
KPDN laksana Ops Kesan 3.0 bermula hari ini sejajar pelaksanaan SSPA
KPDN) melaksanakan Ops Kesan 3.0 bermula hari ini, sejajar dengan pelaksanaan pelarasan gaji penjawat awam melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
KWAP kenal pasti tanah berpotensi bina rumah pesara
KWAP sedang mengenal pasti tanah berpotensi dijadikan Pembangunan Tanah Wakaf, bagi membina rumah persaraan mandiri golongan pesara awam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.