awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22 ditahan terbabit sindiket penipuan babitkan aplikasi atas talian

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2021
06:02 MYT
22 ditahan terbabit sindiket penipuan babitkan aplikasi atas talian
Menurut Ayob Khan, modus operandi sindiket ini ialah menghantar pesanan tawaran kerja sambilan secara rawak kepada mangsa menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Sindiket penipuan tawaran kerja sambilan sebagai ejen aplikasi jual beli atas talian terkemuka tumpas dengan penahanan 22 suspek di Kota Tinggi, Johor.
Kesemua suspek termasuk 11 wanita berusia 15 hingga 28 tahun ditahan di empat rumah berasingan yang dijadikan pusat panggilan pada Isnin lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, modus operandi sindiket ini ialah menghantar pesanan tawaran kerja sambilan secara rawak kepada mangsa menerusi aplikasi WhatsApp dan WeChat.
Pesanan dihantar oleh kumpulan lain di ibu pejabat mereka yang belum dikenal pasti.
Mangsa yang berminat perlu membeli barangan yang tidak wujud dengan memberikan pautan kepada suspek menerusi WhatsApps dan WeChat selain perlu membuat pembayaran ke dalam akaun yang dikendalikan oleh sindiket berkenaan.
"Talian yang dihubungi oleh mangsa akan dijawab oleh kumpulan yang kami tangkap, ini service centre.
“Mereka ini akan menawarkan pelbagai pakej sama ada sebagai ejen biasa atau ejen VIP yang mana dijanjikan 8-15 peratus pulangan bergantung pada jumlah barangan yang dijual. Mangsa kemudiannya diarah memasukkan wang ke akaun (sindiket) sebelum dijanjikan bayaran," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor.
Maklumnya, sindiket ini telah beroperasi selama sebulan dan kerap menukar lokasi pusat panggilan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan mensasarkan warganegara Singapura.
Susulan serbuan itu, pihaknya polis merampas 48 unit telefon bimbit, 12 komputer riba, dua buku nota dan modem internet.
Kesemua suspek direman hingga Khamis dan kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Kota Tinggi
#sindiket
#Internet
#WhatsApp
#sindiket penipuan
#ayob khan mydin pitchay
#ketua polis johor
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan