awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan kerja akibat COVID-19

Bernama
Bernama
12/10/2020
11:58 MYT
2,200 kakitangan Malindo akan diberhentikan kerja akibat COVID-19
Syarikat penerbangan Malindo juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Susulan daripada syarikat penerbangan di seluruh dunia mengurangkan pekerja akibat pandemik COVID-19, Malindo Airways Sdn Bhd juga tidak terkecuali dalam mengambil langkah tersebut.
Dilaporkan bahawa syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida dijangka akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.
Syarikat penerbangan itu juga kemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.
"Proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai," kata laporan tersebut.
Pada 9 Oktober lepas, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.
AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi
BACA: AirAsia sah berhentikan 10 peratus kakitangan - Tony Fernandes
Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS), Kapten Izham Ismail dilaporkan berkata, syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malindo Air
#kakitangan diberhentikan
#Malindo Airways
#AirAsia
#Malaysia Airlines
#Sektor penerbangan
#pemberhentian kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan