KUALA LUMPUR:Syarikat penerbangan tambang rendah, Airasia Bhd dan Airasia X Bhd mengesahkan bahawa ia terpaksa memberhentikan 10 peratus daripada keseluruhan 24,000 tenaga kerjanya pada minggu lalu.
Ini mengesahkan laporan Bernama pada 28 September yang melaporkan AirAsia berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian beratus-ratus pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Bercakap semasa sesi temu bual dalam program berita Buletin Utama TV3 hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata langkah pemberhentian pekerja itu terpaksa dilakukan berikutan realiti sektor penerbangan yang sukar pulih dalam masa terdekat ini.
Beliau berkata kumpulan penerbangan itu bakal beroperasi dengan skala yang lebih kecil selepas ini dan AirAsia akan berusaha untuk menyelamatkan seberapa banyak kakitangan yang diberhentikan.
"Kami sangat bermotivasi untuk menang kerana kami sangat bermotivasi untuk mengambil semula mereka bekerja dan menyediakan sebanyak mungkin pekerjaan yang kami boleh sediakan, kakitangan hebat kami tidak melakukan apa-apa kesalahan.
"AirAsia mengambil berat kebajikan pekerjanya. Apa sahaja yang orang katakan, kita membangunkan syarikat yang hebat atas usaha gigih pekerja yang hebat, 24,000 pekerja yang hebat dan kita kehilangan sebahagian daripada mereka walaupun bukan salah mereka, jadi menjadi tanggungjawab saya untuk berusaha memulihkan semula syarikat penerbangan ini dan menyediakan pekerjaan lain kepada mereka," katanya.
Pada awal Jun lalu, AirAsia telah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan pandemik tersebut.
Dalam temu bual tersebut, Fernandes turut bersetuju dengan pendekatan kerajaan untuk tidak menyelamatkan mana-mana syarikat penerbangan dengan sebarang suntikan dana.
Bagaimanapun, katanya, sokongan dari sudut pinjaman bagi sektor kritikal adalah amat diperlukan.
"Kerajaan telah menyediakan skim PRIHATIN (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat) yang mana baik dan mencukupi bagi kami. Itu adil kerana bukan usaha menyelamat, ia adalah pinjaman dan kami perlu membayar balik pinjaman itu. Ia tidak berbeza dengan kami mendapatkan daripada pemberi pajak.
"Sesiapa yang menyatakan PRIHATIN adalah langkah menyelamat, (yang saya fikir) adalah salah. Malaysia Airlines mempunyai pemegang saham besar, Khazanah Nasional Bhd. Saya fikir ia adalah wajar (Menteri Kewangan) Tengku Zafrul berkata perniagaan mesti berdiri sendiri," katanya.
Fernandes menjelaskan bantuan dari segi pembiayaan pertama dijangka hanya diterima akhir bulan ini dan mengakui Airasia telah berusaha mendapatkan pembiayaan sekitar RM2 bilion hingga RM2.5 bilion, kebanyakannya daripada sumber tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 09 2020
Tan Sri Tony Fernandes berkata langkah pemberhentian pekerja itu terpaksa dilakukan berikutan realiti sektor penerbangan yang sukar pulih dalam masa terdekat ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.