awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

222 individu ingkar arahan PKPP ditahan

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2020
07:39 MYT
222 individu ingkar arahan PKPP ditahan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 222 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). - Gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 222 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 49 individu direman, lima individu dijamin dan 168 individu lagi dikenakan kompaun.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam (32), aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (81), apa-apa aktiviti yang melanggar SOP (87), melanggar SOP kuarantin dalam rumah (5) dan tidak memakai pelitup muka (17)," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen di sini pada Isnin.
Menurut beliau, Task Force yang ditubuhkan akan mem/pertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan.
"Ini termasuk pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam yang sesak seperti di pasar atau pusat membeli belah dan pengangkutan awam.
"Kerajaan berharap rakyat akan terus menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa untuk melaporkan apa-apa tindakan yang melanggar SOP," ujarnya.
Mengenai Operasi Benteng (Op Benteng) pula, beliau berkata, seramai 2,869 pendatang asing tanpa izin (PATI), 620 tekong dan 164 penyeludup ditahan dari 1 Mei sehingga 9 Ogos 2020.
Turut ditahan 119 bot atau kapal serta 296 kenderaan.
"Semalam, PDRM juga telah membuat 64 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng dan memeriksa 32,675 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus.
"PDRM telah berjaya menahan 6 warganegara asing di Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng atas kesalahan imigresen," ujarnya lagi.
Justeru, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI.
Topic Berkaitan
#bot
#Cuba
#haram
#Imigresen
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#Parlimen
#pati
#PDRM
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#rakyat
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan