MALAYSIA
224 petugas kesihatan KKM positif COVID-19 - KP Kesihatan
Daripada jumlah 224 tersebut, seramai 150 kes atau 67 peratus adalah berpunca daripada komuniti termasuk rakan sekerja.
Seramai 224 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dikenal pasti positif COVID-19 sehingga jam 12 tengah hari Jumaat.
Hasil siasatan KKM, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata tiada kes berpunca daripada pengendalian kes disahkan positif dari wad COVID-19 atau unit rawatan rapi khusus bagi pesakit COVID-19 di fasiliti KKM.
Daripada jumlah 224 tersebut, seramai 150 kes atau 67 peratus adalah berpunca daripada komuniti termasuk rakan sekerja.
“Sementara 41 kes (18 peratus) mempunyai kaitan dengan pesakit iaitu 29 kes daripada pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI), sembilan daripada pesakit yang tidak diketahui status sebelum rawatan diberikan dan tiga kes daripada aktiviti saringan dan lain-lain aktiviti di lapangan.
BACA: 165 kes pulih, tiga kematian dan 2,462 kes kebolehjangkitan COVID-19
“33 kes (15 peratus) masih dalam siasatan," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa KKM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan anggota kesihatan terutamanya petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Justeru, katanya pelbagai langkah telah diambil termasuk penilaian keperluan dan stok alat pelindung diri (PPE) di fasiliti sentiasa mencukupi.
“KKM ingin menasihatkan semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) termasuk pengamal perubatan swasta dan NGO, yang merawat pesakit perlu menggunakan penutup hidung dan mulut,” katanya.