KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima sejumlah 229,613 Borang B secara e-filing bagi taksiran cukai 2022 dengan nilai cukai RM1.21 bilion setakat 14 Jun lepas, sebelum tarikh akhir pada 30 Jun ini.
Pengarah Cawangan Pembayar Cukai Besar LHDN Kamarudin Hashim berkata angka tersebut masih rendah berbanding sebanyak 777,579 Borang B dengan cukai bernilai RM5.56 bilion yang diterima pada 2022 bagi tahun taksiran 2021.
"Ini berikutan masih ramai yang memilih untuk membayar cukai di saat-saat akhir.
"(Perlu diingatkan bahawa) pembayar cukai yang gagal membuat taksiran dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan penalti sehingga 300 peratus manakala yang gagal melaporkan pendapatan secara tepat boleh dikenakan penalti sehingga 100 peratus daripada jumlah cukai taksiran," katanya dalam program Ruang Bicara Bernama TV bertajuk 'Layanan Cukai ke Atas Pendapatan Perniagaan Individu,' malam tadi.
Sehubungan itu, Kamarudin mengingatkan agar mereka terbabit yang layak dikenakan cukai untuk menyedari dan menunaikan tanggungjawab tersebut, terutama mereka dengan pendapatan perniagaan individu daripada hasil perniagaan pemilikan tunggal.
Menurutnya, kelompok itu adalah syarikat yang menjalani perniagaan runcit, jualan langsung, penternakan, gerai, firma guaman, bidang penulisan, penyanyi, 'YouTuber' dan pempengaruh.
Malah, katanya, kesedaran membayar cukai dalam kalangan kategori tersebut masih rendah berbanding individu dengan pendapatan penggajian dan syarikat korporat.
Berikutan itu, Kamarudin berkata, pihak LHDN kini aktif menjalankan libat urus dengan mereka daripada kategori pendapatan perniagaan individu terbabit dalam usaha meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab membayar cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
Angka tersebut masih rendah berbanding sebanyak 777,579 Borang B dengan cukai bernilai RM5.56 bilion yang diterima pada 2022 bagi tahun taksiran 2021.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Banjir: Tiga pejabat LHDN di Kedah ditutup sementara
Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kedah ditutup sementara mulai hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan terlibat.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.82 juta
Panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai'mah mempunyai merit.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.
Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.
LHDN tidak keluarkan kenyataan, maklumat di WhatsApp guna nama Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat teks menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutifnya seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.
LHDN gesa lebih banyak syarikat sertai Program TCG, mantapkan pengurusan cukai
LHDN menggesa lebih banyak syarikat yang memenuhi kriteria kelayakan, untuk menyertai Program TCG bagi memantapkan pengurusan cukai syarikat mereka.
Pengecualian cukai UTAR atas dasar kerajaan tidak kenakan cukai kepada pendidikan bukan keuntungan - PM Anwar
Pengecualian cukai kepada Universiti Tunku Abdul Rahman yang dilapor berhutang dengan LHDN disebabkan dasar kerajaan yang tidak mengenakan cukai terhadap entiti berasaskan pendidikan bukan keuntungan.