awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 individu ditahan terlibat penipuan tawatan kerja dalam talian

Bernama
Bernama
21/09/2023
15:45 MYT
23 individu ditahan terlibat penipuan tawatan kerja dalam talian
Menurut Noor Dellhan, warga asing yang ditahan melibatkan warga China seramai dua orang masing-masing lelaki dan wanita selain lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga Bangladesh. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai 23 individu terdiri daripada 12 lelaki tempatan dan 11 warga asing ditahan tengah malam tadi, kerana terlibat dengan penipuan tawaran kerja dalam talian dalam serbuan di dua unit kediaman di Persiaran KLCC di sini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka berusia lingkungan 18 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Daerah Dang Wangi bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 12.15 tengah malam selepas menerima maklumat risikan mengenai kegiatan penipuan berkenaan.
Menurutnya, warga asing yang ditahan melibatkan warga China seramai dua orang masing-masing lelaki dan wanita selain lima lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta tiga lelaki warga Bangladesh.
"Hasil siasatan awal mendapati sindiket ini telah beroperasi selama hampir sebulan dan menyasarkan mangsa di luar negara dengan menggunakan aplikasi di media sosial.
"Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 31 unit telefon bimbit, unit CPU (14), unit monitor (14), unit papan kekunci (10), unit tetikus (10) dan masing-masing satu unit komputer riba, router, modem dan sekeping kad akses," katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Dellhan berkata sindiket terbabit telah mewujudkan profil peribadi palsu untuk memperdayakan mangsa dengan tawaran komisen yang tinggi.
"Semakan lanjut mendapati dua individu yang ditahan itu mempunyai rekod jenayah lampau dan kesemua ditahan telah direman selama empat hari mulai hari ini hingga Ahad bagi siasatan lanjut," katanya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dalam talian
#tawaran kerja
#warga asing
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan