KUCHING:Kesemua 23 individu positif COVID-19 yang dilaporkan tidak dapat dijejaki sebelum ini, sudah berjaya dikesan, kata Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan Sarawak, Dr Annuar Rapaee.
Katanya, individu terakhir dapat dihubungi jam 12.45 tengah hari Rabu.
Beliau menjelaskan, semua mereka bukan 'hilang' seperti didakwa sesetengah, sebaliknya tidak dapat dihubungi.
"Seperti yang dimaklumkan, terdapat 23 individu yang tidak dapat dikesan dan dihubungi. Tetapi yang sebenarnya, daripada 23 individu berkenaan, 10 sudah berada di hospital. Sembilan individu berada di hospital sejak 17 Januari, manakala seorang lagi pada 18 Januari.
"Seorang daripada mereka adalah warga asing yang telah dimasukkan ke hospital swasta," katanya ketika ditemui pada upacara rasmi lawatan Ketua Menteri Sarawak bagi Majlis Pengagihan Bantuan Makanan di Galeri Kompleks Islam, Sibu pada Rabu.
Beliau menambah, baki 13 orang lagi dikesan berada dalam kawasan yang sudah dikenakan sekatan termasuk hospital dan punca sebahagian mereka tidak dapat dihubungi sebelum ini disebabkan masalah rangkaian telekomunikasi.
"Empat daripada mereka berada dalam kawasan yang dikenakan sekatan. Mereka sudah keluar dari kawasan terbabit dan telah dihantar ke hospital. Selebihnya, tujuh yang lain juga sudah berjaya dihubungi dan dihantar ke hospital," tambah beliau.
Dalam perkembangan sama, beliau melalui satu hantaran di Facebook turut menasihati agar orang ramai yang perlu menjalani ujian saringan supaya memberikan maklumat tepat agar dapat dihubungi pihak berkuasa.
"Semua individu yang sudah menjalani ujian swab diseru agar memastikan nombor telefon bimbit mereka betul dan dapat dihubungi untuk memudahkan usaha pengesanan sekiranya anda positif COVID-19," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian melalui perkongsian di laman Facebooknya berkata, sebanyak 23 individu yang telah diuji positif COVID-19 tidak dapat dihubungi oleh pihak berkuasa.
Astro Awani
Wed Jan 20 2021

Dr Annuar Rapaee, berkata semua mereka sudah dapat dihubungi pihak berkuasa. - Gambar fail

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

13,000 dos vaksin COVID-19 tiba di Sibu mampu tampung keperluan 'frontliners'
Secara keseluruhannya, 6,000 petugas barisan hadapan bakal menerima vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.

23 individu positif COVID-19 yang 'hilang' di Sibu sudah dikesan
Semua mereka bukan 'hilang' seperti didakwa sesetengah, sebaliknya tidak dapat dihubungi.

Bekalan makanan untuk penduduk Pasai Siong sudah diagihkan - Dr Annuar
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sibu telah menyalurkan bantuan makanan asas kepada lebih 2,000 penduduk rumah panjang di Pasai Siong yang dikenakan sekatan pergerakan sejak semalam.

Peruntukan RM6 bilion bukti kesungguhan kerajaan perkasa bidang TVET - Dr Annuar Rapaee
Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak Dr Annuar Rapaee menyifatkan peruntukan besar bagi TVET dalam Belanjawan 2021 sebagai usaha memantapkan bidang berkenaan.

Persatuan Melayu Melanau Bersatu terima peruntukan RM1.28 juta
Peruntukan RM1.28 juta kepada Persatuan Melayu Melanau Bersatu akan digunakan bagi bina semua dewan persatuan berkenaan.

PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri
Ini kerana kebanyakan yang keluar kelak tidak semestinya keluar untuk ke gerai sahaja dan ini hanya akan merumitkan kawalan.

PBB Nangka mahu Abang Jo kekal presiden
Dr Annuar Rapaee berkata usul tersebut antara perkara utama dibangkitkan 880 perwakilan mewakili 22 ranting dalam PBB cawangan Nangka pada mesyuarat perwakilan cawangan itu bagi tempoh 2017-2020.

Masjid Al-Qadim dijangka siap dalam tempoh dua tahun
Kerja-kerja membaik pulih dan memulihara Masjid Al-Qadim yang terletak di Jalan Kampung Nyabor di Sibu dijangka siap dalam tempoh dua tahun.