awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati

Seth Akmal
Seth Akmal
31/12/2025
09:31 MYT
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
Mas Ermieyati berkata keputusan itu dibuat atas pertimbangan tanggungjawab, kestabilan organisasi dalam menghadapi fasa genting iaitu PRN Melaka tahun depan. - Gambar fail
kUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin menegaskan tidak akan meletakkan jawatan selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka.
Menurut Mas Emieyati, keputusan itu dibuat atas pertimbangan tanggungjawab, kestabilan organisasi dalam menghadapi fasa genting iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka berlangsung pada 4 hingga 6 bulan akan datang.
“Saya mengambil maklum desakan segelintir pihak yang menggesa saya meletakkan jawatan…ingin saya tegaskan bahawa keputusan ini bukanlah didorong oleh sebarang kepentingan peribadi.
“Kesinambungan dan kerjasama erat kepimpinan amat penting bagi memastikan gerak kerja, penyusunan jentera dan strategi dapat berjalan dengan tersusun serta berkesan,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan hari ini.
Beliau menjelaskan tindakannya susulan desakan dari orang ramai untuk mengikut jejak langkah kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan lain-lain melepaskan jawatan dalam PN semalam.
Beliau turut sependapat dengan Timbalan Pengerusi PN Kelantan dan Terengganu Datuk Kamarudin Md Nor dan Datuk Razali Idris yang menyatakan hubungan antara Bersatu dan Pas di negeri mereka dalam keadaan harmoni.
“Hubungan yang harmoni tersebut sama dengan keadaan negeri Melaka,” katanya.
Beliau menegaskan akan melepaskan jawatan tersebut sekiranya keputusan tersebut dibuat secara matang dan bukannya atas tekanan emosi atau sentimen sementara.
Tambahnya, hubungan antara Pas dan Bersatu adalah ibarat adik-beradik yang mempunyai fasa pasang surut perbezaan pandangan.
“Saya percaya, dengan kebijaksanaan kepimpinan baharu dan keikhlasan semua pihak, segala perselisihan ini mampu dipulihkan demi masa depan PN yang lebih kukuh dan diyakini rakyat,” katanya lagi.
Untuk rekod, kemelut politik susulan pertukaran Menteri Besar Perlis minggu lalu telah mencetuskan pertikaman lidah, apabila beberapa pemimpin daripada kedua-dua pihak saling bertukar kenyataan keras.
Topic Berkaitan
#Mas Ermieyati
#PAS
#PN
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan