PUTRAJAYA: Seramai 232 pelajar menerima penajaan biasiswa di bawah Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dikhususkan untuk pelajar huffaz al-Quran, tahun ini dengan nilai tajaan RM3.33 juta.
Ketua Pengarah Jakim Datuk Abdul Aziz Jusoh berkata tajaan itu melibatkan empat pelajar di peringkat doktor falsafah, lapan di peringkat sarjana, 188 pelajar sarjana muda dalam negara, manakala selebihnya pelajar Malaysia di universiti luar negara di Mesir, Jordan dan Indonesia.
Beliau berkata pelajar yang mendapat tajaan itu terdiri daripada pelbagai bidang pengajian antaranya qiraat, pengajian Islam, perubatan, farmasi, kejuruteraan dan pendidikan.
"Bukan senang untuk mendapat tajaan ini, pelajar perlu melalui proses saringan syarat akademik dan temuduga. Jadi yang berjaya, sudah pasti sangat cemerlang akademiknya dan menguasai hafazan al-Qurannya," katanya dalam Majlis Amanat Ketua Pengarah Jakim Bersama Pelajar Baru Tajaan SPH 2021 secara maya hari ini.
Menurutnya, SPH yang diwujudkan sejak 2012 untuk membiayai pelajar huffaz al-Quran 30 juzuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, telah menaja seramai 1,177 pelajar dengan melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM62 juta.
Abdul Aziz dalam pada itu berkata kerajaan sentiasa peka dan meneliti semua aspek bagi memartabatkan bidang tahfiz di negara ini termasuk berkaitan kualiti, keberhasilan, prospek masa depan, tadbir urus dan kewangan.
Beliau berkata bilangan sekolah atau institusi pengajian tahfiz swasta dan persendirian yang semakin bertambah dari tahun ke tahun membuatkan kerajaan merasakan perlu kepada satu sistem untuk mengawal selia kualiti dan kebajikan keluaran pusat-pusat tahfiz.
"Kerajaan berusaha untuk mengarusperdanakan aliran tahfiz dalam sistem pendidikan negara. Menjadikan pusat tahfiz sebagai satu daripada pilihan utama pelajar dan ibu bapa, bukan lagi sebagai tempat atau pilihan ketiga selepas anak-anak kecundang di sekolah aliran perdana.
"Pusat tahfiz perlu dipandu untuk membentuk hala tuju melahirkan huffaz yang serba boleh dan melahirkan pimpinan generasi akan datang," katanya yang memaklumkan sebanyak 1,483 institusi tahfiz telah berdaftar di seluruh negara setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021
Pelajar yang mendapat tajaan itu terdiri daripada pelbagai bidang pengajian antaranya qiraat, pengajian Islam, perubatan, farmasi, kejuruteraan dan pendidikan.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Menteri Pendidikan Arab Saudi nyata komitmen naikkan biasiswa pelajar Malaysia
Menteri Pendidikan Arab Saudi Dr Yousef Abdullah Al-Benyan menyatakan komitmen untuk menaikkan biasiswa Kerajaan Arab Saudi kepada pelajar Malaysia.
Biasiswa OUM bakar semangat Thinaah di Terbuka Perancis
Thinaah mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - TESL) di OUM sejak Mei 2020.
Taiwan pelawa rakyat Malaysia mohon program biasiswanya
Taiwan pelawa rakyat Malaysia memohon pelbagai Biasiswa Taiwan 2024 bagi melanjutkan pelajaran atau mempelajari bahasa Mandarin serta meneroka dan merasai pengalaman hidup di pulau itu.
PETRONAS: Tajaan pendidikan realisasi potensi pelajar, lahir modal insan berkualiti
PETRONAS menganugerahkan biasiswa kepada pelajar yang layak menerusi program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP).
Syor 3 kriteria tambah baik biasiswa pendidikan MAIWP - Na'im
Tiga kriteria tambahan disyorkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tujuan penambahbaikan dalam pemilihan biasiswa pendidikan susulan wujud pertikaian mengenainya.
Anak bekas menteri layak terima biasiswa, pemilihan ikut dasar, SOP - MAIWP
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan) MAIWP.
Pelajar cemerlang SPM jaga ibu hingga akhir nyawa terima 10 tawaran pengajian, biasiswa
Lebih 10 tawaran pengajian dan biasiswa diterima oleh pelajar cemerlang 11A, Muhammad Syahril Saidi setakat ini.
10 pelajar penerima pertama biasiswa YT-TI
Seramai 10 anak Terengganu yang cemerlang dan berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi penerima pertama biasiswa Young Talent Scholarship Programme (YT-TI) 2022.
Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.
50 pelajar UBC terima biasiswa 'SPM Fast Track', sasar pelajar B40
Semua pelajar tersebut telah mendaftar untuk menduduki SPM 2022 yang dijangka akan berlangsung pada Mac tahun depan.