awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 pelajar sekolah di Jempol dirawat akibat keracunan makanan

Bernama
Bernama
13/06/2024
21:00 MYT
24 pelajar sekolah di Jempol dirawat akibat keracunan makanan
Roslan berkata, pihak Pejabat Kesihatan Daerah masih menyiasat punca sebenar kejadian dan berharap ibu bapa pelajar sekolah itu tidak risau kerana langkah sebaiknya telah diambil. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Seramai 24 pelajar tingkatan satu hingga lima sebuah sekolah asrama penuh di Jempol dekat sini dimasukkan ke hospital kerana disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah tengah hari di asrama sekolah itu, pada Rabu.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) Datuk Dr Roslan Hussin berkata sembilan daripada mereka telah dibenarkan pulang semalam sementara 15 lagi pelajar masih berada di wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah bagi menerima rawatan susulan.
Beliau berkata kesemua pelajar yang masih dirawat berada dalam keadaan stabil.
"Kesemua mereka disyaki mengalami keracunan makanan selepas menikmati makan tengah hari di dewan asrama sekolah.
"Kira-kira 8 malam, mereka mengadu mengalami cirit birit dan muntah kepada warden bertugas sebelum dihantar ke HTAN," katanya kepada Bernama semalam.
Menurutnya pihak Pejabat Kesihatan Daerah masih menyiasat punca sebenar kejadian dan berharap ibu bapa pelajar sekolah itu tidak berasa risau kerana pihak JPNS telah mengambil langkah sebaiknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#Jempol
#asrama sekolah
#roslan hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan