Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia - Herzegovina 25 tahun lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, sepanjang tempoh itu juga, dunia hanya mampu menyaksikan kekejaman terbesar sejak Perang Dunia Kedua dilakukan pada zaman Eropah moden.
"Walaupun banyak generasi hari ini mungkin tidak pernah mendengar tentang Srebrenica,tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) yang ditetapkan, tetapi Bosnia - Herzegovina menyaksikan pesta penyembelihan berdarah," kata Dr Mahathir dalam kenyataan sempena ulang tahun ke-25 tragedi pembunuhan Srebrenica pada Ahad.
Tambahnya, kanak kanak lelaki dipaksa menggali kubur mereka sendiri sebelum ditembak mati dan ditanam di kubur yang sama.
Kekejaman yang dilakukan itu juga, tegas bekas Perdana Menteri itu, memperlihatkan bagaimana dunia hanya senyap dan seolah olah memberi laluan kepada kekejaman berdarah itu dilakukan.
"Tiga tahun sebelumnya, Eropah dan dunia duduk dan menyaksikan perang Bosnia memperlihatkan bagaimana orang Serbia dibenarkan melakukan kekejaman yang mengerikan terhadap umat Islam Bosnia.
"Di bawah kekuatan pasukan PBB, penghapusan umat Islam dalam pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan oleh orang Serbia dibenarkan untuk berlanjutan dan dilihat hampir bebas melakukannya," tegas Dr Mahathir lagi.
Kata Dr Mahathir, apa yang lebih malang ialah sekalipun, kedamaian telah dicapai,namun Bosnia Herzegovina telah berpecah dua dan tidak dapat ditadbir dengan baik akibat itu.
Malang tambah berganda apabila pelaku pembunuhan dihargai dan mendapat kawasan pentadbiran mereka sendiri iaitu Republik Srpska yang merupakan sebahagian daripada Bosnia.
"Sistem presiden bergilir yang dikenakan ke seluruh Bosnia dan Herzegovina menjadikan Bosnia tidak dapat ditadbir dengan berkesan, apatah lagi untuk maju dan berkembang.
"Hari ini, 25 tahun kejadian Srebrenica atau rakyat Bosnia-Herzegovina yang masih hidup. Mereka tidak dapat bergembira tiada keadilan yang ditegakkan kepada mereka," ujar Dr Mahathir lagi.
Fareez Azman
Sun Jul 12 2020
Dr Mahathir mempersoalkan di mana keadilan kepada mangsa pembunuhan kejam Srebrenica yang berlaku 25 tahun lalu. - Gambar fail
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
'Satu Bosnia sokong' - SA.YA dapat sokongan daripada peminat luar?
Apek turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila menerima sokongan daripada peminat dari negara berkenaan.
Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina
Les Bleus ketinggalan gara-gara jaringan Edin Dzeko pada minit ke-36 tetapi segera menyamakan kedudukan hasil sentuhan Antoine Griezmann.
Malaysia salur 50,000 dos vaksin kepada Bosnia-Herzegovina - Mohd Redzuan
Malaysia akan menyalurkan 50,000 dos vaksin COVID-19 kepada Bosnia-Herzegovina yang tidak mendapat keutamaan memperoleh vaksin itu melalui fasiliti COVID-19 Vaccine Global Access (COVAX).
UNL: Itali cerah peluang ke pusingan akhir
Satu lagi kemenangan menentang Bosnia-Herzegovina pada Khamis ini akan menjamin Itali menempah tempat ke pusingan akhir kejohanan itu tahun depan.
25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.
Nigeria berjaya layak, Bosnia-Herzegovina catat kemenangan pertama
Nigeria akhirnya menjadi wakil Afrika pertama layak ke pusingan kalah mati meskipun tewas 2-3 kepada Argentina.
Piala Dunia 2014: Gol cantik Lionel Messi bawa Argentina terajui Kumpulan F
Jaringan cantik daripada ayam tambatan Argentina, Lionel Messi memberi tiga mata berharga kepada skuad Amerika Selatan itu ketika menentang Bosnia-Herzegovina.
Ecuador, Honduras dan Bosnia-Herzegovina dijangka buat kejutan
Ecuador, Honduras dan Bosnia-Herzegovina dijangka mampu ikut jejak Costa Rica buat kejutan atas pasukan lawan masing-masing.
Ada apa dengan Kumpulan F, analisis ringkas Piala Dunia 2014
Argentina sudah tentu menjadi pilihan peminat bola sepak untuk terus layak ke pusingan kedua.