awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan ayam, telur dijangka stabil menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kerajaan dibenar tangguh bayaran ganti rugi lebih RM37 juta kepada keluarga Raymond Koh
Kerajaan semak semula SOP, proses pelesenan di Wilayah Persekutuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26,000 pengguna disaran simpan air 24 jam mulai Rabu

Sinar Harian
Sinar Harian
26/01/2026
04:20 MYT
26,000 pengguna disaran simpan air 24 jam mulai Rabu
PATHMANATHAN: Sebagai langkah keselamatan, PBAPP memohon kerjasama semua pengguna air di SPU dan SPT supaya menyimpan air secukupnya bagi kegunaan selama 24 jam sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak dijangka. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Kira-kira 26,000 pengguna di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dinasihatkan supaya menyimpan bekalan air secukupnya bagi kegunaan selama 24 jam bermula Rabu hingga Khamis ini walaupun tiada gangguan bekalan air berjadual akan dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan berkata, langkah berjaga-jaga itu diambil susulan kerja-kerja penyambungan akhir Saluran Paip Menyeberangi Sungai Perai yang kedua (SP-RCP ke-2) yang dijadualkan pada 28 Januari ini.
Menurutnya, kerja-kerja tersebut akan dilaksanakan berhampiran Restoran Sri Tambang dan Restoran Aur Gading di Sungai Dua melibatkan paip utama berdiameter 900 milimeter.
“PBAPP akan menggunakan teknologi ‘hot tapping’ dan ‘line stopping’ bagi membolehkan kerja penyambungan akhir dilakukan tanpa menutup saluran paip utama yang membekalkan air terawat dari Loji Rawatan Air Sungai Dua.
“Kaedah ini membolehkan bekalan air kepada kira-kira 26,000 pengguna di SPU dan SPT diteruskan seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.
Beliau yang juga CEO Perbadanan Bekalan Air Berhad (PBAHB) berkata, susulan penggunaan teknologi berkenaan, tiada gangguan bekalan air berjadual (SWSI) akan dilaksanakan di Pulau Pinang.
"Kerja-kerja tersebut dijangka tidak menjejaskan perkhidmatan bekalan air di kedua-dua daerah terbabit.
"Ini merupakan kali pertama teknologi ‘hot tapping’ dan ‘line stopping’ digunakan bagi kerja penyambungan akhir saluran paip utama bersaiz besar di Pulau Pinang, justeru pengguna dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga.
“Sebagai langkah keselamatan, PBAPP memohon kerjasama semua pengguna air di SPU dan SPT supaya menyimpan air secukupnya bagi kegunaan selama 24 jam sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak dijangka,” katanya.
Menurutnya, antara kawasan terlibat di SPU ialah Sungai Dua, manakala di SPT membabitkan Alma, Bukit Mertajam termasuk Pekan Bukit Mertajam, Bukit Minyak, Bukit Teh, Cherok Tokun, Kampung Baru, Kampung Kota, Kota Permai, Machang Bubok, Padang Lalang, Penanti, Permatang Pasir, Sungai Rambai, Taman Bukit, Taman Bukit Indah dan Taman Sentosa.
"Perkembangan semasa kerja-kerja penyambungan akhir SP-RCP ke-2 akan dikemas kini dari semasa ke semasa menerusi laman Facebook rasmi agensi berkenaan.
"Pengguna yang mengalami sebarang masalah bekalan air sepanjang tempoh 28 dan 29 Januari ini boleh menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PBAPP di talian 04-255 8255 untuk mendapatkan bantuan lanjut," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kerja-kerja penyambungan saluran paip
#bekalan air
#PBAPP
#gangguan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan