awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia Airlines perkenal semula penerbangan ke Chengdu, catat permintaan tinggi
Tiga polis, seorang awam maut dalam insiden tembakan di Sibulan, Filipina
Legacy 30 Siti Nurhaliza: Antara nostalgia, kecekalan dan cita-cita baharu tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

26 pensyarah UMT tersenarai antara saintis terbaik dunia

Bernama
Bernama
01/10/2025
14:45 MYT
26 pensyarah UMT tersenarai antara saintis terbaik dunia
Mohd Zamri berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan penyelidik UMT bersaing di peringkat global, selain penghormatan besar untuk universiti. - Gambar Bernama
KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila 26 pensyarah tersenarai dalam dua peratus Saintis Terbaik Dunia 2025 berdasarkan penilaian Universiti Stanford dan penerbit akademik terkemuka Elsevier dari Amerika Syarikat.
Naib Canselor UMT Prof Dr Mohd Zamri Ibrahim berkata senarai itu diterbitkan Elsevier menerusi laporan bertajuk Updated Science-Wide Author Databases of Standardized Citation Indicators versi kelapan yang menilai impak penyelidik berdasarkan petunjuk standard pemilihan.
Beliau berkata sebanyak tujuh pensyarah UMT disenarai dalam Kategori Sepanjang Kerjaya, manakala 19 lagi dalam Kategori Setahun 2024.
Mohd Zamri berkata pencapaian itu membuktikan keupayaan penyelidik UMT bersaing di peringkat global, selain penghormatan besar untuk universiti.
"Ia juga bukti sumbangan signifikan tenaga pakar UMT dalam penghasilan ilmu baharu, penyelidikan berimpak tinggi serta inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Kejayaan ini seiring dengan usaha UMT memperkukuh kedudukan sebagai universiti berteraskan bidang kelautan dan sumber akuatik yang berdaya saing di persada dunia.
"UMT amat berbangga dengan pencapaian ini, yang membuktikan saintis kami mampu berdiri sebaris dengan penyelidik terbaik dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#universiti malaysia terengganu
#persada dunia
#peringkat global
#penerbit akademik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan