awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

29 burung dilindungi dirampas Polis Marin, Perhilitan Terengganu

Bernama
Bernama
23/09/2025
13:00 MYT
29 burung dilindungi dirampas Polis Marin, Perhilitan Terengganu
Zulafendy berkata kesemua burung yang ditemui ketika serbuan pada kira-kira 1 tengah hari itu, merupakan spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). - Gambar Polis Marin Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 29 burung spesies hidupan liar serta 14 unit sangkar burung keseluruhan bernilai RM100,300 dirampas pasukan Polis Marin Kuala Terengganu dan Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), di sebuah premis di Kampung Getang, Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 3 ACP Zulafendy Hassan berkata kesemua burung yang ditemui ketika serbuan pada kira-kira 1 tengah hari itu, merupakan spesies yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
"Spesies burung yang ditemui ialah 18 burung serindit, bayan puling (enam), merbah luris leher (tiga) serta murai batu dan burung daun masing-masing seekor.
"Turut disita 14 unit sangkar burung dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100,300," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun mengakui kesemua hidupan liar tersebut adalah miliknya namun gagal mengemukakan sebarang lesen atau permit khas daripada Jabatan Perhilitan.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Zulafendy menegaskan tindakan memiliki, menyimpan atau memperdagangkan hidupan liar tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan serius yang boleh dikenakan hukuman berat, oleh itu masyarakat diingatkan tidak terlibat dalam aktiviti sedemikian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#hidupan liar
#bayan puling
#permit khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan