awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,000 jemaah tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
02/05/2022
04:38 MYT
3,000 jemaah tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Orang ramai menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah pada Isnin. - Gambar BERNAMA
ALOR SETAR: Sekitar 3,000 jemaah memenuhi segenap ruang di Masjid Zahir di sini, yang merupakan Masjid Negeri Kedah pagi ini bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Masjid Zahir menjadi tumpuan susulan kelonggaran yang diberikan kerajaan khususnya melibatkan prosedur operasi standard (SOP) di masjid-masjid selain kebenaran rentas negeri untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing.
Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negeri Kedah, Sheikh Khairul Firdaus Abu Bakar, jumlah berkenaan meningkat pada Syawal kali ini berbanding dua tahun sebelum ini yang hanya sekitar 50 orang sahaja berikutan negara dilanda penularan COVID-19.
Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bersama Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff turut berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama kerabat diraja.
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama rakyat di Masjid Zahir hari ini. - Gambar BERNAMA
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama rakyat di Masjid Zahir hari ini. - Gambar BERNAMA
Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Solat sunat yang bermula pada pukul 9 pagi diimamkan oleh Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Sheikh Roslan Abd Halim yang turut membacakan khutbah hari raya.
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#Solat sunat Aidilfitri
#Masjid Zahir
#Sultan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan