Kerajaan akan membaik pulih sebanyak 3,000 makmal sekolah menengah di seluruh negara bermula tahun ini bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains lebih berkesan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu bertujuan mengembalikan semula kaedah latihan amali di makmal sekaligus meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran berkenaan.
"Disebabkan sistem pengajaran sains pada masa lepas tidak menekankan pada ujian-ujian di makmal, lebih kepada teori, sekarang kita nak ubah supaya lebih banyak ujian amali.
"Oleh sebab itu, kita lihat semula keadaan makmal ... dah siap kajian menyeluruh untuk 3,000 sekolah menengah dan kita dapati bahawa perlu perbaiki makmal," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama warga institusi pendidikan daerah Rompin di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kampus Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin.
Muhyiddin berkata Kementerian Pendidikan bercadang menjadikan ujian amali sebagai sebahagian daripada peperiksaan mata pelajaran sains.
Katanya proses baik pulih dan melengkapkan peralatan makmal terbabit memerlukan peruntukan berjumlah RM500 juta dan akan dilaksanakan secara berfasa bermula tahun ini dan dijangka siap dalam masa dua tahun.
Beliau berkata kemahiran guru mata pelajaran sains juga akan dipertingkatkan bagi memastikan pengajaran lebih berkesan.
Terdahulu, dalam ucapannya, Muhyiddin mahu warga pendidik memberikan komitmen secara menyeluruh dalam menjayakan Dasar Pendidikan Negara.
Timbalan Perdana Menteri juga mengingatkan semua guru untuk tidak terikat dengan pendekatan biasa, sebaliknya mesti berfikir di luar kotak dan berinovasi bagi membawa perubahan dalam pengajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
"Saya melihat sekolah yang dipimpin oleh guru yang berdedikasi dengan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa akan melonjak pencapaiannya, sama ada dari sudut peperiksaan dan kokurikulum," katanya.
Bernama
Sun Apr 26 2015
MUHYIDDIN: 3,000 makmal sekolah dibaik pulih untuk pembelajaran lebih berkesan - Gambar fail
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
COVID-19: KKM tambah kapasiti ujian makmal di Sabah susulan pertambahan kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah kapasiti makmal Ujian diagnostik real-time Reverse-Transcription Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR).