awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang Aidilfitri ini

Bernama
Bernama
24/03/2025
10:42 MYT
3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang Aidilfitri ini
Hari puncak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah pada 5 April, hari Sabtu iaitu dijangkakan kira-kira 216,000 kenderaan. - Astro AWANI/Shahir omar
KUANTAN: Sebanyak 3.14 juta kenderaan dijangka memasuki Pahang menjelang perayaan Aidilfitri bermula 27 Mac hingga 7 April ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Datuk Razali Kassim.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 2.24 juta kenderaan diramalkan daripada Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak manakala 903,000 pula kenderaan yang melalui Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).
"Jumlah kenderaan pada perayaan Aidilfitri kali ini dijangka meningkat. Hari puncak bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah pada 5 April, hari Sabtu iaitu dijangkakan kira-kira 216,000 kenderaan sementara di LPT1 adalah pada keesokannya dengan anggaran sekitar 119,000 kenderaan.
"Jadi, saya menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk rancang perjalanan memandangkan Hari Raya Aidilfitri kemungkinan disambut Isnin. Mungkin boleh pulang awal ke kampung supaya dapat elak kesesakan jalan raya," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan dan Ops Siaga Raya Aidilfitri Tahun 2025 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim.
Razali berkata dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna di lebuh raya, kerajaan negeri sentiasa melakukan penyelenggaraan dan penambahbaikan termasuk yang terbaharu di Lingkaran Tengah Utama (LTU).
"Baru-baru ini, tular tentang jalan rosak di pakej 5C1 daerah Bentong, LTU yang melibatkan keperluan pembaikan sepanjang 400 meter. Alhamdulillah, JKR (Jabatan Kerja Raya) telah mengambil tindakan dan kerja pembaikan telah bermula hari ini dan dijangka siap pada Rabu ini.
"(Bagi kawasan gelap, lampu jalan) kita akan buat secara berperingkat berdasarkan peruntukan yang diluluskan. Biasanya, kalau kawasan tidak ada bekalan elektrik, kita akan pasang lampu solar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#jumlah kenderaan
#Pahang
#Lebuhraya Karak
#LPT1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan