Sebanyak 3,293 kes HIV/AIDS direkodkan di negara ini tahun lepas, dengan 47 daripadanya merupakan kanak-kanak berumur bawah 18 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan setiap ibu hamil menjalani saringan ujian HIV/AIDS agar rawatan dapat diberikan bagi mengelak virus itu merebak kepada bayi dalam kandungan mereka.
"Setiap kanak-kanak yang dijangkiti virus HIV juga diberikan rawatan antiretroviral supaya kehidupan mereka pulih seperti biasa," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang ingin tahu statistik terkini kanak-kanak di Malaysia yang dijangkiti virus HIV/AIDS dan berapakah rumah perlindungan HIV/AIDS yang dikendalikan oleh kerajaan dan pihak swasta serta bantuan yang disediakan oleh kementerian untuk mereka.
Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai), Dr Lee berkata kerajaan berjaya menurunkan kadar kes jangkitan virus HIV/AIDS dari 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2002 kepada 10 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 17 2019
Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan setiap ibu hamil menjalani saringan ujian HIV/AIDS agar rawatan dapat diberikan bagi mengelak virus itu merebak kepada bayi dalam kandungan mereka. - Bernama
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.
Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.
Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeson) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF) jalin kerjasama bagi memperkasakan ODHA dalam kalangan pencarum.
Pesakit AIDS juga manusia, dekati mereka. Agenda AWANI 9 malam ini
Akhiri ketidaksamaan layanan terhadap pesakit AIDS untuk kita bersama menangani penyakit tersebut.
Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba
Antara cabaran lain termasuk kekuatan fizikal dan mental mereka yang menggerakkan inisiatif tersebut.
Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).