DEFA Pemangkin PMKS: Malaysia giat pacu ekonomi digital ASEAN 2025

Sebagai peneraju Tonggak Ekonomi ASEAN 2025, MITI menegaskan bahawa keutamaan Malaysia bukan sekadar membentuk dasar tetapi juga memastikan kumpulan-kumpulan ini mendapat akses kepada pembiayaan. -Foto Facebook MITI
KUALA LUMPUR: Sewaktu Malaysia bersiap sedia mengambil alih Kepengerusian ASEAN 2025 dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, tumpuan negara ketika itu jelas untuk memastikan manfaat ekonomi digital dirasai secara menyeluruh, khususnya oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), golongan belia, wanita, serta komuniti yang kurang mendapat liputan.
Ringkasan AI
- Malaysia bersedia mengambil alih Kepengerusian ASEAN 2025 dengan fokus pada manfaat ekonomi digital untuk PMKS, golongan belia, wanita, dan komuniti yang kurang mendapat liputan.
- MITI menegaskan keutamaan Malaysia dalam memastikan akses kepada pembiayaan, peluang pasaran baharu, dan ekosistem perdagangan serantau yang lebih mudah untuk kumpulan sasaran ini.
- DEFA, pemuktamadan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN, dianggap sebagai pemacu integrasi perdagangan digital ASEAN yang mampu menggandakan ekonomi digital serantau kepada AS$2 trilion menjelang 2030.

MITI menekankan bahawa DEFA bukan sekadar perjanjian ekonomi, tetapi pemangkin keterangkuman serantau yang berpotensi memastikan setiap lapisan ekonomi mampu bersaing dan berkembang dalam era digital yang semakin pesat membangun.
DEFA disifatkan sebagai langkah penting ke arah merealisasikan visi ASEAN untuk membangunkan strategi transformasi digital yang moden, menyeluruh, dan jelas.
Ini menerusi peruntukan yang bertujuan memperkasakan dan menghubungkan perniagaan-perniagaan ASEAN, terutamanya PMKS, di pasaran serantau dan global, serta mengukuhkan daya saing dan daya tahan ekonomi keseluruhannya.
Dengan kesalinghubungan digital yang meningkat, PMKS termasuk perniagaan keluarga kecil boleh mengembangkan pasaran mereka di seluruh ASEAN tanpa kekangan kaedah manual atau peraturan tidak seragam.
Laporan ekonomi digital menunjukkan bahawa ASEAN berada di landasan kukuh dan DEFA dijangka menggandakan ekonomi digital serantau kepada AS$2 trilion menjelang 2030, selari dengan peningkatan penggunaan pembayaran digital, kemunculan bank digital baharu serta lonjakan pelaburan pusat data di Malaysia.
Ekonomi digital negara mencecah AS$39 bilion pada 2025 hasil pertumbuhan mampan e-dagang dan pelancongan digital.
Penggunaan pembayaran digital meningkat 28 peratus tahun ke tahun, dipacu interoperabiliti DuitNow QR merentas rantau.
Kapasiti pusat data melonjak daripada 120MW bagi 2024 kepada 690MW pada separuh pertama 2025, menjadikan Malaysia antara destinasi utama pelaburan digital serantau.
Perkembangan ini mengukuhkan asas pelaksanaan DEFA, serta meletakkan Malaysia di barisan hadapan penyepaduan ekonomi digital ASEAN.
Kesalinghubungan digital merentas ASEAN bukan hanya untuk syarikat besar, malah ia bertujuan membuka ruang kepada:
- Peniaga mikro dan kecil luar bandar yang kini boleh menjual rentas sempadan.
- Usahawan wanita yang mengguna pakai platform digital.
- Belia yang memulakan perniagaan digital berskala kecil.
- PMKS tradisional yang mahu beralih kepada operasi digital sepenuhnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


