Sejumlah 3,877 akaun media sosial menyamar dikesan dan 78 peratus daripadanya berjaya dipadam oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat September lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata faktor utama akaun-akaun itu dipadam ialah kerana penciptaan akaun palsu untuk tujuan penyamaran.
"Pemadaman akaun media sosial itu mendapat kerjasama pihak penyedia platform media sosial selaras dengan terma dan syarat yang disediakan oleh penyedia platform.
"Selain itu, sebanyak 1,564 pautan dan kandungan yang dipercayai berunsurkan buli siber dikesan oleh SKMM dengan 63 peratus daripadanya telah berjaya dipadam," katanya ketika sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang ingin tahu jumlah pemilik akaun media sosial yang telah disekat penggunaannya dan apakah sebabnya.
Sementara itu, Gobind berkata kementerian sedang mengkaji bagaimana undang-undang sedia ada dalam menangani masalah akaun palsu dapat ditingkatkan pada masa akan datang.
"Saya harap pada masa akan datang kita boleh lihat undang-undang baharu selewat-lewatnya dalam pertengahan tahun depan tetapi dalam masa sama penguatkuasaan adalah penting, yang bila ada laporan dibuat orang ramai, tindakan hendaklah diambil dengan segera.
"Kami akan buat pindaan kepada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dalam masa terdekat. Kita lihat negara dalam rantau ini telah perkenalkan undang-undang baharu yang lebih ketat misalnya Singapura dan Australia," katanya.
Gobind berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan R.S.N Rayer (DAP-Jelutong) yang ingin tahu bagaimana kerajaan akan mengambil tindakan menangani kebebasan berkongsi maklumat yang semakin meningkat pada masa kini terutamanya yang mempunyai unsur fitnah dan palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
Gobind berkata kementerian sedang mengkaji bagaimana undang-undang sedia ada dalam menangani masalah akaun palsu dapat ditingkatkan pada masa akan datang. - Gambar fail
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
3,877 akaun media sosial menyamar dikesan, 78 peratus dipadam - Gobind
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata faktor utama akaun-akaun itu dipadam ialah kerana penciptaan akaun palsu untuk tujuan penyamaran.