KUALA LUMPUR: Satu letupan besar berlaku ketika proses pelupusan mercun dan bunga api, di stor simpanan rampasan bahan bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, menyebabkan tiga orang awam cedera, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, sebelum kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, polis meminta bantuan semua mangsa itu untuk mengangkat serta membersihkan mercun dan bunga api berkenaan.
"Ketika mereka sedang membersihkan, tiba-tiba berlaku kebakaran yang mengakibatkan letupan.
"Ekoran itu tiga pekerja yang merupakan orang awam cedera ringan terkena serpihan letupan," katanya di sini, pada Selasa.
Eng Lai memberitahu, kesemua tiga mangsa itu kini menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Katanya, setakat ini polis tidak mendapati sebarang unsur khianat dan kejadian itu berlaku di luar jangkaan.
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, prosedur operasi standard (SOP) pelupusan barang kes dilakukan mengikut perintah mahkamah iaitu melupus barang kes dengan cara gelek menggunakan jentolak dan siraman air sebelum ditanam.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Daniel Ahmad Kamal, berkata pasukannya tiba di lokasi kejadian jam 6.32 petang.
"Berlaku kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan rampasan bahan bukti berkeluasan 100 X 50 kaki persegi dan terbakar 30 peratus struktur bangunan dan 80 peratus kawasan terbuka yang melibatkan 50 buah kenderaan.
"Terdapat tiga orang mangsa lelaki dewasa mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.
"Anggota bomba membuat pemadaman dengan mengunakan kaedah pemadaman secara offensive firefigthing dengan memasuki premis dan defensive firefighting pemadaman dari luar bangunan," katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba pada jam 7.04 malam dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.
Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan asap tebal berkepul-kepul dari bangunan yang terbakar.
Terdahulu, polis melupuskan 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM4.1 juta yang dirampas dalam serbuan di dua premis di Taman Kepong, di sini.
Kesemua mercun dan pelbagai bunga api berkenaan yang dirampas pada 24 Mac lepas dipercayai untuk pasaran sempena perayaan Aidilfitri ini.
Umavathi Ramayah
Tue Apr 26 2022
Anggota bomba memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. - Sumber foto JBPM
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.
Stigma terhadap program TVET perlu dihentikan
Timbalan Pengarah Kolej Komuniti lahad Datu , Asriani Karim menegaskan TVET bukan program untuk mereka yang kurang cemerlang dalam bidang akademik sebalik ya ia terbuka kepada semua yang berminat bagi menambah kemahiran.
DBKU rancang kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kyoto
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang untuk berkolaborasi dengan Dewan Bandaraya Kyoto, Jepun untuk memantapkan pengurusan bandar rayanya, agar bersih serta cekap pada masa sama tidak meminggirkan infrastruktur warisan.
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
DUN Sarawak perlu ada jawatan rasmi ketua pembangkang - Chieng Jen
ADUN Padungan Chong Chieng Jen menegaskan perua ada jawatan rasmi ketua pembangkang di DUN Sarawak yang disediakan kemudahan tertentu seperti yang dinikmati di Selangor dan Pulau Pinang.
514,070 murid di sabah nikmati prasarana lebih baik
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu.
Jangan politikkan isu kebajikan penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu kebajikan penjawat awam termasuk pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri pada 1 Mei lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan Malaysia merudum, apa perlu dilakukan?
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
3 cedera, 50 kereta rosak, letupan ketika lupus mercun di stor barang kes IPD Sentul
Tiga orang cedera dalam letupan ketika lupus mercun di stor barang kes IPD Sentul.