awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 termasuk bekas CEO anak syarikat bank ditahan terima rasuah RM24 juta

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2022
14:27 MYT
3 termasuk bekas CEO anak syarikat bank ditahan terima rasuah RM24 juta
Suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai menerima suapan sebagai balasan meluluskan pinjaman sebuah syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk bekas ketua eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank kerana disyaki menerima rasuah lebih RM24 juta.
Sumber berkata, suspek wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu dipercayai menerima suapan berkenaan sebagai balasan meluluskan pinjaman dibuat oleh sebuah syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta.
Katanya, wanita itu bersama dua lagi suspek lelaki berusia antara 53 hingga 58 tahun ditahan kira-kira jam 6 petang tadi di ibu pejabat SPRM, Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.
"Suspek wanita tersebut dipercayai menerima wang rasuah berjumlah lebih RM24 juta ketika berkhidmat dengan anak syarikat sebuah bank pada sekitar tahun 2010.
“Suspek lelaki berusia 53 tahun itu pula kini bekerja sebagai perunding kewangan manakala rakannya tidak bekerja,” kata sumber itu lagi.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Topic Berkaitan
#SPRM
#bekas CEO
#anak syarikat bank
#Rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan