awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/05/2024
03:10 MYT
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa. - Astro AWANI
IPOH: Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh pelajar Tingkatan Lima, Disember tahun lalu.
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
Terdahulu, tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 46, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Mahkamah turut menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk semua pihak menyerahkan afidavit masing-masing.
Mengikut pertuduhan, pegawai berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Ipoh, antara jam 12.05 tengah hari hingga jam 12.40 tengah hari, 15 Disember lalu.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.
Jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah juga disebat tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong, Lim Chi Chau dan M. Kuhan.
Hadir sama peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa, Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.
Pada 21 Mac lalu, Mahkamah Majistret Ipoh membuat keputusan memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi.
Topic Berkaitan
#bunuh pelajar
#pegawai kanan polis
#Mohd Nazri Abdul Razak
#perbicaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan