GEORGE TOWN: Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang (JPVPP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, sebanyak 19 ladang dijangkiti di Daerah Seberang Perai Selatan, dua di Daerah Seberang Perai Tengah, enam di Daerah Seberang Perai Utara dan tiga di Daerah Barat Daya, melibatkan 68,659 ekor babi.
Justeru, bagi mengawal dan mencegah perebakan penyakit ASF, JPVPP menjalankan polisi ‘stamping out’ menerusi pemusnahan babi di ladang positif atau disyaki terjangkit dalam zon jangkitan dengan berpandukan Protokol Veterinar Malaysia (PVM) bagi penyakit ASF.
"Polisi ini diamalkan dengan tujuan menghapuskan virus supaya penternak dapat menternak semula dengan selamat serta bebas daripada penyakit ASF, seterusnya menjamin bekalan daging babi dalam negara mencukupi.
"Langkah pemusnahan babi ini telah dijalankan bermula 5 Januari 2023 selepas kes pertama dikesan dengan kadar kematian yang tinggi iaitu mencecah 37 peratus atau lebih kurang 60 ekor sehari dari populasi 1,200 ekor babi di ladang.
“Di Pulau Pinang, pemusnahan babi dari ladang-ladang dengan kematian yang tinggi sehingga melebihi 30 peratus ini telah selesai dijalankan. Kadar perebakan penyakit dilihat semakin perlahan.
"Selain itu, penemuan karkas babi dengan tanda-tanda klinikal seperti penyakit ASF di rumah sembelih telah berkurang atau tiada serta tiada aduan kematian babi yang tinggi di ladang babi," ” menurut kenyataan itu.
Menurut JPVPP lagi, sehingga hari ini sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan dari 16 buah ladang positif hasil kaedah stamping out yang dijalankan oleh pihak jabatan itu.
“JPVPP amat bersimpati ke atas nasib para penternak yang terkesan dengan penyakit ASF ini kerana ianya melibatkan kerugian yang amat besar.
“Bagi meringankan beban kepada para penternak, JPVPP juga telah menghantar permohonan wang ihsan bagi sepuluh ladang babi yang telah selesai proses pelupusan sepanjang bulan Januari 2023 kepada pihak Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar (IPPV) di Putrajaya untuk di angkat ke peringkat seterusnya iaitu di peringkat kerajaan persekutuan," katanya.
Menurut jabatan itu lagi, setakat ini, bekalan daging babi di seluruh negeri mencukupi dimana masih terdapat 94 ladang babi yang masih negatif penyakit ASF dengan populasi sekitar 198,586 ekor babi.
"Kesemua ladang-ladang ini masih menjalankan penternakan seperti biasa dan dibenarkan untuk menyembelih babi di rumah-rumah sembelih berlesen di dalam Negeri Pulau Pinang dengan pemeriksa daging dari JPVPP memeriksa dan memastikan hanya daging yang bebas ASF dijual di pasaran," katanya.
Dalam pada itu katanya sebarang kematian membabitkan babi hutan, babi kampung atau babi komersial boleh memaklumkan kepada JPV Daerah terdekat, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri atau menerusi Hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit JPV Pulau Pinang di talian 04-504 1047.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Feb 14 2023
Menurut JPVPP, sehingga hari ini sebanyak 14,385 ekor babi telah dilupuskan dari 16 buah ladang positif hasil kaedah stamping out yang dijalankan oleh pihak jabatan itu. - Fail/REUTERS
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
30 ladang babi di Pulau Pinang dijangkiti ASF
Sebanyak 30 ladang babi komersial di Pulau Pinang dijangkiti penyakit African Swine Fever (ASF) sejak awal Januari lepas.