awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 tan sampah pasca banjir di Kemaman

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
24/12/2020
02:53 MYT
30 tan sampah pasca banjir di Kemaman
Kerja pembersihan melibatkan hampir 200 kakitangan majlis serta dibantu beberapa agensi kerajaan lain seperti bomba serta sukarelawan. - Astro AWANI
KEMAMAN:Bencana banjir yang melanda daerah ini baru-baru ini meninggalkan lebih 30 tan sampah yang perlu dibersihkan
Justeru, Majlis Perbandaran Kemaman telah memulakan kerja-kerja pembersihan sampah sejak Ahad lalu dan dijangka selesai dalam tempoh seminggu.
Menurut Yang Dipertuanya Jusman Ibrahim, kerja pembersihan itu melibatkan hampir 200 kakitangan majlis serta dibantu beberapa agensi kerajaan lain seperti bomba serta sukarelawan.
“Cabaran kerja-kerja pembersihan ialah apabila melibatkan lumpur yang telah menjadi keras.
"Proses itu memakan masa untuk dibersihkan sehingga terpaksa menggunakan hos bomba bagi memastikan kerja pembersihan berjalan lancar.
“Kira-kira 200 pekerja dikerahkan untuk mengutip sampah, di samping 30 lori dan lebih 10 jengkaut digunakan setiap hari untuk mengangkutnya ke tempat pelupusan sampah Bukit Takal di Chukai,” katanya.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman Jusman Ibrahim. - Astro AWANI
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman Jusman Ibrahim. - Astro AWANI
Beliau berkata, kerja pembersihan segera dilakukan sejurus banjir surut bagi mengurangkan kesulitan dihadapi kesemua mangsa yang terjejas serta mengelak berlakunya penyakit berjangkit, kesan daripada bencana itu.
Selain itu, Jusman berkata pihaknya akan terus melakukan kerja-kerja penyenggaraan di setiap saliran di daerah berkenaan, khususnya di kawasan yang sering terjejas banjir, sebagai persiapan menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak Khamis minggu lalu menyaksikan lebih 8,000 penduduk di daerah Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu dan Setiu terjejas.
Lebih 10 jengkaut digunakan setiap hari untuk mengangkut sampah ke tapak pelupusan di Bukit Takal. - Astro AWANI
Lebih 10 jengkaut digunakan setiap hari untuk mengangkut sampah ke tapak pelupusan di Bukit Takal. - Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Kemaman
#banjir
#bomba
#mangsa
#sampah
#Majlis Perbandaran Kemaman
#Dungun
#Hulu Terengganu
#Setiu
#Jusman Ibrahim
#kerja pembersihan
#lumpur
#Bukit Takal
#tapak pelupusan sampah
#penyakit berjangkit
#kerja penyenggaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan