awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30,000 usahawan seluruh negara nikmati pembiayaan RM816 juta melalui TEKUN

Bernama
Bernama
03/10/2025
12:45 MYT
30,000 usahawan seluruh negara nikmati pembiayaan RM816 juta melalui TEKUN
Ewon berkata daripada jumlah itu, RM95 juta disalurkan kepada 4,150 usahawan di Sabah. - Gambar Facebook Ewon Benedick Official Media
KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan RM816 juta pembiayaan kepada lebih 30,000 usahawan di seluruh negara dari Januari hingga September tahun ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata daripada jumlah itu, RM95 juta disalurkan kepada 4,150 usahawan di Sabah.
Beliau berkata bagi daerah Kota Belud sahaja, sebanyak RM9.1 juta pembiayaan disalurkan kepada 287 usahawan dalam tempoh yang sama tahun ini.
"Saya bangga kerana Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT), yang saya perkenalkan pada 2023 khusus untuk usahawan tamu di Sabah dan Sarawak mencatatkan prestasi yang amat memberangsangkan.
"Skim ini mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman yang sangat cemerlang, dengan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) hanya 0.5 peratus.
"Ini menunjukkan kebertanggungjawaban usahawan kita dalam mengurus pembiayaan dengan baik," katanya dalam kenyataan selepas menutup Taklimat Pembiayaan Keusahawanan oleh TEKUN Nasional dan agensi-agensi KUSKOP kawasan Taginambur di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Adam Abdul Ghani.
Ewon berkata beliau telah mengemukakan kepada Kementerian Kewangan keperluan dan cadangan supaya program-program khusus untuk masyarakat dan usahawan di Sabah serta Sarawak dapat diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Beliau berkata sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta industri mikro memainkan peranan penting sebagai tunjang kepada pembangunan ekonomi negara.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini RMK13 di sini
Topic Berkaitan
#Kuskop
#TEKUN Nasional
#RMK13
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan