awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300,000 buku 'Mari Kenali Sawit' diedar di sekolah kerajaan, swasta terpilih

Bernama
Bernama
06/04/2022
23:10 MYT
300,000 buku 'Mari Kenali Sawit' diedar di sekolah kerajaan, swasta terpilih
Zuraida menyampaikan sumbangan tablet kepada 100 sekolah terlibat Program Jelajah Mari Kenali Sawit kepada Pengarah Bahagian Pembangunan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Azman Adnan pada majlis di Klang, 6 Apr 2022. --fotoBERNAMA
KLANG: Sejumlah 300,000 naskhah buku 'Mari Kenali Sawit' akan diedarkan di sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta terpilih seluruh negara sebagai usaha kerajaan memberi pendedahan berhubung kelapa sawit kepada murid serta pelajar.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata penerbitan buku tersebut adalah mengenai fakta kelapa sawit yang betul, kepentingan serta sumbangan industri komoditi itu kepada pembangunan sosioekonomi dan pendapatan negara.
Katanya pengedaran buku itu dibuat secara berperingkat dan diberi secara percuma.
"Fasa pertama pengedaran buku itu akan dilaksanakan menerusi program Jelajah Mari Kenali Sawit melibatkan 100 sekolah menengah kebangsaan dan swasta terpilih di semenanjung.
"Fasa seterusnya pula akan melibatkan sekolah di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit di sini, semalam.
BACA: Krisis Rusia-Ukraine beri ruang promosi minyak sawit Malaysia di peringkat global - Zuraida
Zuraida berkata program tersebut akan mempunyai beberapa komponen dan pengisian antaranya penganjuran ceramah, bengkel dan taklimat mengenai maklumat tepat berkaitan khasiat serta kebaikan kelapa sawit Malaysia.
"Selain itu, program pertandingan pidato untuk pelajar sekolah akan turut diadakan untuk melahirkan duta kecil bagi mempromosikan minyak kelapa sawit keluaran Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#buku Mari Kenali Sawit
#Zuraida Kamaruddin
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan