IPOH: Seramai 31 individu termasuk 21 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti penerokaan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) secara haram di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hulu Perak.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan yang merupakan kerjasama pihaknya dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) melalui Op Khazanah itu dilakukan di beberapa lokasi berasingan.
Beliau berkata pada 8 Dis lepas dalam serbuan yang dilakukan di hutan simpan itu kira-kira pukul 3.30 petang telah berjaya menahan 28 individu.
"Pemeriksaan lanjut mendapati sembilan daripada yang ditahan merupakan warga tempatan dan selebihnya warga asing, kita juga turut melakukan tangkapan susulan terhadap tiga lagi suspek iaitu seorang warga tempatan dan dua lagi warga asing di lokasi berasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya warga asing yang ditahan berusia antara 23 hingga 69 tahun terdiri daripada 16 lelaki warganegara China, tiga lelaki dan satu wanita Myanmar serta seorang wanita warga Vietnam.
POLIS-NR-REE 2 (AKHIR) IPOH
"Semakan juga mendapati kesemua warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)," katanya.
Katanya, kesemua suspek warga tempatan telah direman selama tiga hari manakala warga asing akan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51 (5) (B) Akta Imigresen 1959/63.
Bagaimanapun siasatan bagi kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) akan dilakukan oleh JPNPk untuk pendakwaan berasingan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Mohd Yusri berkata, serbuan yang merupakan kerjasama polis dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) melalui Op Khazanah itu dilakukan di beberapa lokasi berasingan. - Gambar fail
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
AWANI Ringkas: Bantu siasatan kes kematian Zayn Rayyan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Sungai Bakap: Pas Pulau Pinang sudah ada senarai pendek calon
Pas Pulau Pinang sudah mempunyai senarai pendek calon yang akan bertanding dalam PRK Sungai Bakap susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Skuad sepak takraw negara terima insentif khas daripada MSN - Hannah
Pasukan sepak takraw kebangsaan bakal menerima insentif khas berjumlah RM170,000 daripada Majlis Sukan Negara (MSN) susulan kejayaan membanggakan pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Gencatan senjata: Retorik?
Apa cara untuk pastikan usaha ke arah gencatan senjata kekal dapat dicapai untuk menamatkan konflik di Gaza?
Nvidia umum hala tuju bagi semikonduktor baharu, platform Rubin pada 2026
Nvidia umum pelan hala tuju terbaharunya bagi kelompok semikonduktor baharu yang disifatkan bakal tiba dalam 'one year rhythm' atau ritma setahun.
Filem The Experts catat RM10 juta, jadi pilihan ramai di pawagam
The Experts terus mencipta kejayaan apabila berjaya meraih kutipan RM10juta.
31 individu ditahan disyaki teroka NR-REE secara haram di Perak
Serbuan yang merupakan kerjasama polis dan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) melalui Op Khazanah itu dilakukan di beberapa lokasi berasingan.