IPOH: Sebanyak 31 kes keracunan makanan dilaporkan berlaku di Perak sepanjang tempoh Januari hingga September tahun ini.
Pengarah Kesihatan Perak Dr. Sirajuddin Hashim berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13 kes melibatkan institusi pendidikan, lima kes membabitkan kediaman persendirian manakala bakinya, terdiri daripada pelbagai kategori.
"Kesemua kes yang dilaporkan itu tidak melibatkan kematian atau keracunan serius sebaliknya hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
"Walaupun statistik itu menunjukkan kadar rendah di Perak namun kita akan terus meningkatkan usaha pencegahan terutama di institusi pendidikan kerana golongan ini berisiko dan sering terdedah dengan masalah ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Apron Walk sempena Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2023 di Taman Rekreasi Sultan Aziz di sini, hari ini.
Dr Sirajuddin berkata pemantauan secara berkala turut dilakukan unit inspektorat bersama bahagian keselamatan dan kualiti makanan untuk memastikan para pengusaha makanan di negeri ini mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
"Pemantauan dilakukan secara berkala dan sekiranya berlaku perlanggaran daripada garis panduan yang ditetapkan maka tindakan sewajarnya akan dikenakan kepada para pengusaha makanan ini," katanya.
Sementara itu, katanya seramai 300 peserta terdiri di kalangan pengusaha makanan, kakitangan kesihatan dan masyarakat sekitar telah menyertai program yang berlangsung hari ini.
Katanya objektif utama program tersebut dianjurkan adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat berkaitan kepentingan memilih makanan berkualiti dan mematuhi standard ditetapkan bagi mengelak daripada dijangkiti pelbagai penyakit yang berpunca daripada makanan.
"Selain itu, program ini turut melibatkan pembukaan reruai saringan kesihatan serta galeri pameran sebagai pengetahuan kepada masyarakat mengetahui pelbagai penyakit termasuk yang berpunca daripada keracunan makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 21 2023
Sebanyak 13 kes melibatkan institusi pendidikan, lima kes membabitkan kediaman persendirian manakala bakinya, terdiri daripada pelbagai kategori. - Gambar hiasan
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kastam rampas 1.06 juta rokok seludup dalam kilang terbiar
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama disyaki rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM808,562.
Mangsa banjir di Perak dan Pahang meningkat, Melaka dan Kedah berkurang
3,950 orang ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam negeri setakat 4 petang ini.
Perak Tengah daerah terbaharu dilanda banjir di Perak
Seramai 33 penduduk dari perkampungan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Teluk Kepayang.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung
Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.
Bekas Exco Perak, Azman Mahalan meninggal dunia
Bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Azman Mahalan meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Rapat Setia di sini pada Ahad.
Perak nafi lulus RM30 juta untuk pembangunan Kampung Baru Cina - Saarani
Kerajaan negeri Perak menafikan dakwaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi tujuan pembangunan Kampung Baru Cina di negeri ini.
Seorang maut, 4 cedera nahas babit 4 kenderaan di lebuh raya
Seorang wanita maut, seorang parah manakala dua lagi cedera ringan dalam nahas membabitkan empat buah kenderaan di kilometer 363.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di sini pagi tadi.