awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

311 laporan orang hilang di Selangor tahun ini

Sinar Harian
Sinar Harian
22/12/2023
03:00 MYT
311 laporan orang hilang di Selangor tahun ini
Datuk S Sasikala Devi berkata, daripada jumlah tersebut, 161 orang hilang berusia 18 tahun ke atas, manakala 150 individu berumur bawah 17 tahun. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 311 laporan berhubung orang hilang di Selangor bermula Januari hingga November tahun ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, daripada jumlah tersebut, 161 orang hilang berusia 18 tahun ke atas, manakala 150 individu berumur bawah 17 tahun.
Beliau berkata, orang hilang melibatkan lelaki adalah 151, manakala bagi wanita seramai 160 orang.
"Daripada jumlah 311 laporan orang hilang yang diterima PDRM di Selangor pada tahun ini, sejumlah 82 orang masih hilang dan gagal diketemukan sehingga kini.
"Orang hilang yang masih belum diketemukan melibatkan golongan lelaki adalah 50 orang, sementara selebihnya 32 orang adalah wanita," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Sasikala berkata, pihak PDRM Selangor menerima 293 laporan orang hilang pada tahun lalu melibatkan 142 individu berusia 17 tahun ke bawah dan 151 berusia 18 tahun ke atas.
Menurut beliau, sejumlah 31 orang hilang masih tidak ditemui pada tahun lalu membabitkan 22 lelaki dan sembilan wanita.
Sasikala berkata, antara punca orang hilang melibatkan golongan remaja adalah disebabkan faktor mencari kebebasan.
Selain itu menurut beliau, punca lain menyumbang kepada gejala lari dari rumah adalah ketidakharmonian dalam keluarga atau salah faham dengan ahli keluarga.
Selain itu kata beliau, ada juga sekumpulan remaja keluar lari dari rumah kerana ingin mencari pekerjaan pada usia muda, namun tidak memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga.
"Kebanyakan golongan remaja yang melarikan diri kerana kurang perhatian atau kasih sayang keluarga, selain sudah tidak minat untuk belajar dan mahu mengikut sahabat atau kekasih," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Selangor
#laporan orang hilang
#Tahun 2023
#S Sasikala Devi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan