awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

312 ingkar PKP ditahan - Ismail Sabri

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/11/2020
08:08 MYT
312 ingkar PKP ditahan - Ismail Sabri
Menurut Ismail, sebanyak 261 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan pada Selasa. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 312 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ujar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kesemua individu berkenaan telah dikompaun.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, dan lain-lain," katanya dalam sidang media mengenai PKP di sini pada Rabu.
Taskforce ditubuhkan akan meningkatkan pemeriksaan dan mengambil tindakan kepada individu dan pemilik premis yang ingkar SOP.
Sejak 1 Mei hingga 24 November 2020, Operasi Benteng (Op Benteng) berjaya menahan 8,760 pendatang asing tanpa izin (PATI), 798 tekong, dan 360 penyeludup.
"Semalam sahaja, 36 PATI ditahan, seorang tekong dan merampas lima kenderaan darat dan sebuah bot dalam operasi itu," ujarnya lagi.
Menurut Ismail, sebanyak 261 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan pada Selasa.
Kawalan Sempadan Negara Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19.
Justeru, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan
#Tahan
#PKP
#polis
#PDRM
#pandemik
#SOP
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan