BANGI: Seramai 320,000 pelajar dalam kumpulan B40 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk politeknik di seluruh negara layak menikmati Menu Siswa Rahmah pada harga RM3.50.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif Menu Siswa Rahmah yang bermula sejak 2 Januari lalu telah diperluaskan kepada kesemua 20 IPTA dan politeknik dalam negara.
Jelas beliau, harga RM3.50 boleh ditawarkan kerana pihak IPTA menyerap sebahagian kos dengan mengecualikan sewa premis 236 gerai yang terlibat dalam program berkenaan.
“Jadi universiti menyerap (kos sewa) dan tidak mengenakan sewa kepada peniaga-peniaga dan melibatkan keseluruhan 20 universiti dan 236 gerai dengan kos sebanyak RM3 juta setahun.
“Jadi dengan tidak mengutip sewa itu, ia dapat mengurangkan harga makanan dan dijual kepada pelajar B40 pada harga RM3.50. Jadi untuk kita bezakan, kita panggil ini Menu Siswa Rahmah dan bukan Menu Rahmah yang ditawarkan pada harga RM5.
“Bagi politeknik pula, sewa yang tidak dikutip adalah sekitar RM700,000,” katanya di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan Menu Siswa Rahmah inisiatif Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Brahim’s Dewina Group dan UKM di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata pelajar kumpulan B40 yang telah dikenal pasti akan dibekalkan token untuk menikmati Menu Siswa Rahmah.
Daripada jumlah keseluruhan yang layak, jelas beliau seramai 11,000 pelajar B40 adalah di UKM.
“Dalam universiti awam pelajar-pelajar luar negara tidak ramai tetapi ‘postgraduate’ itu memang ramai.
“Tetapi kebanyakan mereka ada menerima biasiswa. Jadi pelajar yang ada biasiswa tak boleh (nikmati Menu Siswa Rahmah).
“Untuk Menu Rahmah juga memang ada RM5 disediakan di IPTA, tetapi itu untuk pensyarah atau sesiapa sahaja yang nak makan Menu Rahmah,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Brahim’s Dewina, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata Kafeteria Randau Rasa menawarkan dua pilihan hidangan iaitu sarapan pagi dan makan tengah hari untuk Menu Siswa Rahmah yang ditukar setiap hari.
"Untuk sarapan pagi, menu termasuk hidangan bergoreng dengan minuman pada harga RM3.00, manakala makan tengah hari, nasi putih dengan satu lauk bersama sayur dan minuman pada harga RM3.50.
“Kami berasa gembira dapat menyokong dan menyediakan Menu Siswa Rahmah untuk pelajar membantu meringankan beban mereka dalam menangani kenaikan kos sara hidup," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40.
Program berkenaan bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 16 2023
Inisiatif Menu Siswa Rahmah yang bermula sejak 2 Januari lalu telah diperluaskan kepada kesemua 20 IPTA dan politeknik dalam negara. - Gambar/ Astro AWANI
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
KPDN Selangor, kerajaan negeri teliti pelaksanaan kad diskaun galak peniaga terus tawarkan Menu Rahmah
KPDN Selangor bekerjasama dengan kerajaan negeri memperinci mekanisme kad diskaun bagi peniaga Menu Rahmah.
Permohonan, kelulusan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah dipermudah - KPDN
Seramai 2,800 pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah di premis mereka sebelum ini akan mendapat Kad Diskaun Khas Menu Rahmah secara automatik.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.