awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

33 kematian akibat keracunan metanol pada September

Bernama
Bernama
01/10/2021
10:25 MYT
33 kematian akibat keracunan metanol pada September
Keracunan metanol berlaku apabila minuman beralkohol mengandungi metanol dalam dos yang toksik akibat proses distilasi minuman beralkohol yang tidak sempurna. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Sebanyak 33 kematian akibat keracunan metanol direkodkan sejak 9 September hingga semalam, daripada 55 kes keracunan metanol yang dilaporkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata daripada 33 kematian itu, 18 kes atau 55 peratus melibatkan warganegara manakala 15 kes atau 45 peratus melibatkan bukan warganegara yang terdiri daripada warganegara Myanmar, India dan Nepal.
Kes keracunan metanol itu dilaporkan di tujuh negeri iaitu Selangor dengan 25 kes, Perak (13), Pahang (lima), Pulau Pinang (enam), Kuala Lumpur (empat) manakala Johor dan Negeri Sembilan masing-masing satu kes, katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata daripada 55 kes itu, 15 orang masih menerima rawatan manakala tujuh telah discaj dari hospital.
Beliau berkata, keracunan metanol berlaku apabila minuman beralkohol mengandungi metanol dalam dos yang toksik akibat proses distilasi minuman beralkohol yang tidak sempurna, atau metanol dicampur ke dalam minuman beralkohol sebelum diminum.
Menurut Dr Noor Hisham, keracunan metanol kebiasaannya dikaitkan dengan minuman beralkohol yang dikilang secara tidak sah kerana metanol dicampurkan ke dalam minuman tersebut sebagai pengganti etanol kerana metanol secara relatifnya lebih murah berbanding etanol.
Beliau berkata gejala keracunan metanol adalah seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala dan kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol.
Orang awam dinasihatkan segera membawa individu yang mempunyai gejala keracunan metanol ke mana-mana klinik atau hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan kecemasan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan metanol
#minuman keras
#mnuman beralkohol
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan