awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng

Aida Aziz
Aida Aziz
31/10/2022
22:30 MYT
33 tong cecair kimia dibuang secara haram di Gopeng
Dipercayai puluhan tong berkenaan telah dibuang secara haram di kawasan itu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - Foto JBPM
GOPENG: Sebanyak 33 tong berisi cecair bahan kimia ditemukan di kawasan lapang berhampiran jalan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini, petang Isnin dengan semuanya didapati bocor.
Dipercayai puluhan tong berkenaan telah dibuang secara haram di kawasan itu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada jam 5.01 petang.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dengan dibantu BBP Simpang Pulai serta Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Pasir Puteh digerakkan ke lokasi kejadian.
Selain itu katanya, agensi lain yang terlibat ialah pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).
"Kesemua tong didapati telah bocor dan setiap tong mengandungi 20 peratus cecair di dalamnya. Kandungan SW 402/ UN 1760 scheduled waste di dalam tong tersebut.
"Pasukan bomba yang tiba membuat 'size up' dan 'cordon area' sebagai langkah berjaga-jaga, seterusnya bantuan daripada pihak Hazmat BBP Pasir Puteh tiba.
"Pasukan Hazmat telah membuat detection (pengesanan) dan sampling di tempat kejadian dan operasi diteruskan dengan menutup cecair terdedah dengan pasir," katanya dalam kenyataan pada Isnin malam.
Katanya lagi, pengesanan dilakukan sekali lagi bagi memastikan tiada lagi bahan berbahaya di kawasan tersebut.
Topic Berkaitan
#tong bahan kimia
#Gopeng
#buang sisa kimia
#haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan