PUTRAJAYA: Sebanyak 34,216 kes kecederaan pekerjaan direkodkan di Malaysia pada 2022 dengan 312 daripadanya adalah kes maut, demikian menurut Statistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan Negara 2022.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan turut menunjukkan, statistik kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia pada 2022 adalah 2.22 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran tidak melebihi 2.42.
"Kadar kecederaan maut pekerjaan pula adalah 2.06 setiap 100,000 pada 2022 berbanding sasaran tidak melebihi 3.38 yang ditetapkan di dalam Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2021-2025 (OSHMP25)," menurut KSM dalam kenyataan itu.
Berbanding tempoh sedekad yang lalu, kadar kecederaan pekerjaan pada 2022 menurun 33 peratus berbanding 3.31 setiap 1,000 pekerja pada 2012, manakala kadar kecederaan maut pekerjaan pada 2022 berkurang sebanyak 56 peratus berbanding 4.64 setiap 100,000 pekerja pada 2012
Dalam aspek kesihatan pekerjaan, KSM memaklumkan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menerima 10,707 pelaporan kes penyakit dan keracunan pekerjaan pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 2020.
"Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, sebanyak 7,143 kes telah disahkan sebagai penyakit pekerjaan pada 2022," katanya.
Menurut KSM peningkatan kesedaran berkaitan pelaporan penyakit pekerjaan antara lain disumbangkan oleh peningkatan bilangan Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) yang aktif di Malaysia iaitu daripada 656 pada 2012 kepada 1,112 pada 2022.
Kadar kecederaan pekerjaan, kadar kecederaan maut dan jumlah pelaporan penyakit pekerjaan merupakan tiga indikator utama yang menunjukkan pencapaian tahap pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di Malaysia yang dinyatakan di bawah OSHMP25.
Statistik berkenaan dijana berdasarkan analisis komprehensif daripada data kemalangan pekerjaan di sektor awam dan swasta yang diperoleh daripada empat agensi sumber yang relevan iaitu JKKP, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), data Skim Ex-Gratia Bencana Kerja daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kewangan. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan turut menunjukkan statistik kadar kecederaan pekerjaan di Malaysia pada 2022 adalah 2.22 bagi setiap 1,000 pekerja berbanding sasaran tidak melebihi 2.42. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian sedar pampasan upah yang lebih baik berkait rapat dengan keberhasilan yang lebih tinggi.
Kerajaan lancar Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan
Kerangka Dasar itu akan mengandungi tiga Teras, 11 Strategi, 48 Prakarsa, lima Pemacu Perubahan dan dua Pemangkin Dasar.
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Gaji Premium TVET : Kerajaan perlu ambil kira graduan sedia ada di pasaran
Kerajaan perlu mengambil kira graduan TVET yang sedia ada dalam pasaran ketika ini jika mahu melihat keberkesanan penetapan gaji premium.
KESUMA beri khidmat rundingan kepada syarikat mahu laksana aturan kerja anjal
KESUMA menerusi TalentCorp sedia memberikan khidmat rundingan kepada majikan dan syarikat yang berminat melaksanakan aturan kerja anjal.
Tiada kompromi ke atas mana-mana pihak langgar hak pekerja - Steven Sim
tindakan tegas akan diambil terhadap majikan kerana setiap pekerja berhak ke atas gaji mereka dan ia bukanlah satu perkara yang boleh dipermainkan.
Rangka Kerja Dasar Sumber Manusia Negara diumum Mei ini - Sim
Beliau berkata terdapat keperluan untuk menangani kesenjangan yang wujud dalam dasar sumber manusia sedia ada.